PETALING JAYA 12 OKTOBER: Malaysia dilaporkan menikmati belanjawan
lebihan (surplus) antara tahun 1993 hingga 1997, iaitu semasa Datuk Seri
Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Kewangan, kata Pengarah
Eksekutif Institut Rakyat, Azrul Azwar Ahmad Tajudin.
Beliau berkata, dalam tempoh itu negara berjaya mencatat lebihan
RM6.6 bilion, iaitu nilai tertinggi yang pernah dicapai dalam bajet
tahunan.
Bagaimanapun katanya, prestasi kewangan negara menjunam ke paras
defisit yang teruk pada tahun 2009 semasa Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak mengambil alih tampuk pemerintahan.
“Defisit
paling teruk pernah dicatatkan pada tahun 2009 iaitu sejumlah RM47.4
bilion manakala dari segi peratusan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) ialah 9.7 peratus.
“Sejak 2009, kita lihat perbekalan tambahan paling kurang dua kali
setahun hingga menyebabkan perbelanjaan keseluruhan meningkat hampir
RM260 bilion sehingga kini,” katanya, lapor Media Selangorku.
Azrul Azwar berkata demikian pada Forum Laporan Audit Negara:
Kepincangan Urustadbir, Ketirisan dan Rasuah di Dewan Sivik Majlis
Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini malam tadi.
Laporan Audit yang dibentangkan baru-baru ini menunjukkan beberapa
pembaziran dan ketirisan melampau antaranya, projek menambahbaik
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu; projek mewujudkan Malaysian
Emergency Response Services (MERS) 999 oleh Kementerian Penerangan,
Komunikasi dan Kebudayaan; projek pembentungan negara dan kelewatan
mengutip cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Agensi penarafan kredit, Fitch Ratings pada Ogos lalu turut
meletakkan unjuran penarafan kredit Malaysia daripada stabil kepada
negatif serta mempersoalkan langkah kerajaan yang mengabaikan reformasi
kewangan terutamanya selepas berakhir pilihan raya baru-baru ini.
Azrul berkata, hutang negara kini mencecah RM500 bilion dengan peratusan KDNK sebanyak 35 peratus sehingga hujung tahun 2012.
Menurutnya lagi, tiada jaminan daripada Kerajaan Pusat untuk
berbelanja secara berhemah kerana perbekalan tambahan dikeluarkan
sekurang-kurangnya dua kali setahun sejak 2009.
“Kita akan sukar untuk kekalkan hutang negara di bawah 55 peratus
pada setiap masa kerana tiada sebarang reformasi fiskal dilakukan oleh
kerajaan,” katanya lagi.
KeadilanDaily
perlunya pembaruan ekonomi untuk Malaysia yang lebih baik
BalasPadamPerlu ada program ekonomi baru untuk Malaysia, komentar juga ya ke blog saya www.goocap.com
BalasPadam