Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, September 12, 2013

Cerita dari Saifuddin Nasution Ismail, DSAI dan Mesir


Hujung 2010, dsai ajak aku temankan beliau ke mesir. Hadir satu seminar dan beliau sebg pengucap utama. Kebetulan anakanda ku arham belajar di sana. Aku setuju. Selesai seminar kami ada satu hari terluang.

 Dsai cadangkan kami ziarah sheikh mehdi akif pimpinan utama ikwanul muslimin. Selesai zohor berjamaah di hotel penginapan, kami dijemput menaiki kereta(uzur benar usia kereta ..peugot kalau tak silap ingatan!). 

Sepanjang perjalanan tiga kali bertukar kereta, bukan sebab rosak tapi ...(?). 45 minit kemudian sampai di satu kawasan perumahan. Kami dijemput masuk ke rumah 2 tingkat. Di tingkat atas sheikh mehdi tersenyum menyambut dsai, aku dan anakandaku. 

Di ruang tamu yg dihias sederhana, timbunan kitab2, keratan akhbar kami diperkenalkan dengan pimpinan ikhwan yg lain. Seingat aku 10 orang kesemuanya. Hanya sheikh mehdi berjubah, yang lainnya kemas 'pakai kot' tanpa tali leher...kecuali seorang. Aku diperkenalkan dsai sebg ahli parlimen dari kelantan, terus sheikh mehdi bertanya khabar sahabat beliau ..hj nik abd aziz dan hj yahya osman! Sheikh mehdi kemudian ke dapur dan sejurus kemudian keluar membawa dulang minuman.

 Topik perbualan mereka (dsai dan teman2 ikhwan) waktu itu berkisar pengalaman lampau bergerak bersama mengikuti seminar, dialog, wacana di seluruh dunia. Dibincangkan juga politik mesir yg masih di bawah hosni mubarak.

 Pengalaman erdogan di turki dan politik umat Islam di asia tenggara. Buat aku yg teruja mengikuti isi perbincangan, sungguh merasakan satu penghormatan berada sama tokoh2 hebat. Apa tidaknya, saat mesir hari ini dilanda krisis aku ikuti khabar berita yang hampir kesemua mereka yg aku temui di rumah sheikh mehdi hari itu kini ditangkap oleh regim al sisi termasuk lelaki bertali leher yg rupa2nya dr mohd morsi, presiden mesir pertama terpilih secara demokratik!

FB : Saifuddin Nasution Ismail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...