KUALA LUMPUR 10 SEPTEMBER: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar
Ibrahim membidas kenyataan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh
supaya ibu bapa yang tidak bersetuju terhadap Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), perlu menghantar anak mereka ke
luar negara.
Katanya, Idris perlu menjawab isu berkenaan dengan hujah dan fakta bukan memberi kupasan angkuh berhubung perkara itu.
“Jawab
dengan hujah bukan angkuh,” tulis Anwar sebagai maklum balas terhadap
rakan twitternya yang berkongsi laporan kenyataan Idris itu.
Idris yang juga Ahli Parlimen Besut dilapor berkata, kerajaan tidak
akan menghalang mana-mana pihak mengambil keputusan menghantar anak
mereka ke luar negara kerana tidak meyakini sistem pendidikan di
Malaysia.
Tekan beliau, tiada sebarang tindakan dapat diambil untuk
menghentikan rancangan kerajaan meneruskan pelaksanaan PPPM kerana ia
telah dirasmikan.
“Kalau ada kata sistem tak baik dan nak hantar anak ke luar negara kita tak halang,” katanya kepada pemberita hari ini.
Pelan berkenaan menerima reaksi negatif daripada pertubuhan persatuan Cina seperti Dong Zhong dan juga Pakatan Rakyat.
Dong Zong yang dianggotai 77 persatuan Cina sebelum ini dilapor
berkata, tidak menolak kemungkinan untuk membawa isu berkenaan ke
mahkamah memandangkan pelan berkenaan dakwa mereka mengancam bahasa
ibunda mereka.
Pakatan pula melihat terdapat enam aspek PPPM yang dilancarkan
Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu bukan
platform menyeluruh.
Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Rakyat berkata, ketiadaan maklum
balas daripada Kementerian Pendidikan terhadap pendedahan spesifik
sistem pendidikan gagal memberi keyakinan bahawa PPPM akan dilaksanakan
dengan berkesan dan cekap.
Keadilandaily
Idris jusoh memang tarak hotak punya cakap. Nampaknya semua menteri lani dah cakap sombong. Sebelum pru tu hari semua menteri bukan main cakap berlemah lembut sopan santun. Tup2 dah menang cakap sombong angkuh dan kasar biadab. Inilah contoh amno laknatullah kafir harbi. Hahaa
BalasPadam