Pages - Menu
▼
Pages - Menu
▼
Isnin, Ogos 12, 2013
PKR tetap tolak TPP - Anwar Ibrahim
PETALING JAYA - PKR hari ini tetap menolak proses rundingan dan pelaksanaan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) kerana sehingga kini kerajaan masih merahsiakan butiran perjanjian tersebut kepada rakyat dan pihak berkepentingan.
Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sekiranya perjanjian TPP itu termeterai kelak, ia dikhuatiri akan menjejaskan kepentingan negara dan memberikan impak negatif kepada kepentingan ekonomi tempatan.
"PKR kesal kerajaan masih meneruskan rundingan itu sekaligus berhasrat mahu memeterai perjanjian itu secara terburu-buru tanpa menjelaskan isi kandungan perjanjian itu.
"Kita tolak penerusan rundingan sehingga perkara pokok dijelaskan kepada rakyat dan pihak berkepentingan.
"Nampaknya rundingan itu diteruskan dengan semangat laksana perjanjian TPP itu," dakwanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...