Pandangan Lee Kuan Yew 'lapuk', kata Anwar
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemikiran Lee Kuan
Yew berhubung politik berteraskan kaum dalam buku terbaru bekas perdana
menteri Singapura itu, 'One Man's View of the World' merupakan pandangan
"lapuk".
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula tidak
menunjukkan keupayaan untuk melakukan pembaharuan ke atas Umno, kata
Anwar lagi ketika mengulas kenyataan kedua-dua pemimpin berkenaan
berhubung politik Malaysia.
Anwar berkata, beliau melihat bahawa
Lee kurang kefahaman dari segi politik berasaskan kaum dan Najib pula
kurang keazaman untuk memahami sentimen rakyat Malaysia.
"Pandangan
Kuan Yew sangat mewakili generasi Mahathir – ia agak lapuk. Beliau
selalu melihat kepada dikotomi di antara hak dan kaum, hitam dan putih,"
kata Anwar.
"Sebagai contoh, beliau bercakap mengenai dasar
berasaskan kaum, tetapi mempunyai sedikit pemahaman ke atas wacana yang
telah berlaku sejak sedekad lalu," katanya.
Pemimpin PKR itu
merujuk kepada kenyataan Lee bahawa dasar berteraskan kaum di Malaysia
tidak memberi keuntungan kepada Malaysia.
Lee juga berkata dasar tersebut menyebabkan bakat yang diperlukan untuk membina masyarakat dari pelbagai kaum semakin terhad.
Anwar
berkata beliau melihat Lee masih terperangkap dalam zaman ketika bekas
MP pembangkang tersebut menentang kerajaan Perikatan, atau ketika
ketegangan politik timbul di antara Malaysia dan Singapura.
Katanya, pemikiran Lee itu "tidak relevan dalam konteks masa sekarang".
Anwar berkata, Najib pula menunjukkan bahawa perdana menteri itu "tidak mampu" membawa perubahan yang berkesan.
Najib juga memikirkan bahawa perubahan tersebut hanya akan berlaku selepas beberapa "generasi".
Najib
pada minggu lalu bersetuju dengan pandangan bekas perdana menteri Tun
Abdullah Ahmad Badawi dalam buku 'The Awakening" bahawa sukar bagi Umno
untuk berubah.
Katanya, Najib nampaknya tidak sedar bahawa Malaysia telahpun merdeka sejak lebih satu abad.
Malaysiakini
UMNO, sekiranya mahu sokongan orang melayu perlu merombak keseluruhan sikap dan hala tuju party tersebut...bukan setakat cakap tak serupa bikin.. Contoh: menghapuskan rasuah yg cukup sinonim dng UMNO secara serious , menghentikan penyelewengan yg juga tidak terlepas dari sikap UMNO sebagai kerajaan, double standard dlm perlaksanaan undang2, pemborosan yg begitu ketara....puuuh!letih nak tulis semua!!! Terlalu panjang sgt kelemahan UMNO ni!!UMNO ni dah tak boleh nak perbetulkan lagi...dah kritikal..nazak!!
BalasPadam