NGO mahu Muhyiddin disiasat bawah Akta Hasutan
Satu gabungan NGO menggesa polis menyiasat Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengikut Akta Hasutan kerana menuduh bahawa
orang bukan Islam terlibat dalam video jurulatih anjing yang didakwa
menyinggung perasaan umat Islam
Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia, S Barathidasan (kanan) berkata beliau akan membuat laporan polis berhubung perkara itu dalam masa terdekat.
Beliau mendakwa Muhyiddin membuat tuduhan melulu bahawa orang bukan Islam menjadi dalang di sebalik video tersebut.
Menurutnya, tindakan itu adalah tidak patut dan tidak bertanggungjawab.
Barathidasan
berkata sebagai timbalan perdana menteri, Muhyiddin sepatutnya
memeriksa fakta terlebih dahulu sebelum mengulas perkara itu.
Kenyataan Barathidasan itu merujuk kepada laporan The New Straits Times semalam yang memetik kenyataan Muhyiddin.
Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...