Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa berpura-pura yang
pentadbirannya mengekalkan "nisbah hutang-KDNK yang sihat" ekoran
langkah terbaru Fitch Rating menurunkan prospek ekonomi Malaysia
daripada "stabil" untuk "negatif".
Dalam satu kenyataan hari ini,
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata fakta-fakta
menunjukkan bahawa hutang yang dijamin kerajaan persekutuan di bawah
pentadbiran Najib telah melonjak kepada hampir RM150 bilion pada 2012
daripada RM96.9 bilion pada 2010, yang pasti akan menjejaskan ekonomi.
Beliau
bertanya berapa lama lagi Najib mahu menjadi umpama pepatah 'burung
unta yang menyembunyikan kepala dalam pasir' dengan berpura-pura yang
salah urus pentadbirannya dalam kewangan awam, tidak mempunyai kesan
ketara ke atas prospek ekonomi?
Malah, katanya, tiada jumlah amalan perakaunan kreatif yang boleh mengubah kedudukan kewangan itu daripada merah kepada hitam.
Menurut
Fitch Ratings, hutang kerajaan persekutuan telah meningkat kepada 53.3
peratus daripada KDNK pada akhir 2012, meningkat daripada 51.6 peratus
pada tahun sebelum dan 39.8 peratus pada akhir tahun 2008.
Kenaikan
19 peratus dalam perbelanjaan gaji penjawat awam kerana pilihan raya
umum telah juga menyumbang melebarkan defisit bajet, kata Fitch Ratings.
Rating
Fitch menyemak semula prospek Malaysia daripada "stabil" kepada
"negatif", dengan mengutarakan masalah kurangnya kemajuan dalam
reformasi kerajaan dalam menangani defisit fiskal.
Ia juga
mengetengahkan kebimbangan berhubung peningkatan hutang isi rumah dan
hutang kerajaan, sebanyak 53.3 peratus pada penghujung 2012, tidak
termasuk liabiliti luar jangka.
Hutang tersembunyi
Anwar
berkata Pakatan Rakyat secara konsisten menegaskan bahawa kerajaan
persekutuan tidak mengamalkan kewangan berhemah, akauntabiliti dan
ketelusan, di mana pentadbiran Najib bertindak balas dengan memanggil
pengkritik sebagai pengkhianat.
Sebaliknya, kata Anwar lagi,
daripada sepatutnya mengambil kira kebimbangan yang sah dan membetulkan
keadaan tersebut, Najib telah menjunamkan negara ke dalam defisit fiskal
yang lebih besar, menjejaskan lebihan akaun semasa dan mengabaikan
tanda-tanda yang jelas kelemahan struktur.
Sebaliknya, kata beliau lagi, pentadbiran Najib telah 'menyapunya ke bawah permaidani'.
Melainkan
tindakan pemulihan segera diambil, Anwar memberi amaran bahawa budaya
perbelanjaan melulu, perolehan kerajaan dan proses penswastaan yang
legap, รข€‹akan kekal menjadi lambang "transformasi" kerajaan Najib.
Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...