KUALA LUMPUR 1 Ogos: Penilaian unjuran kredit Malaysia terkini oleh
agensi penarafan, Fitch adalah membimbangkan meskipun tidak
menghairankan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rating
Fitch dilapor menyemak semula prospek Malaysia daripada “stabil” kepada
“negatif”, dengan mengutarakan masalah kurangnya kemajuan dalam
reformasi kerajaan dalam menangani defisit fiskal.
“Kami menegaskan pengurusan ekonomi kerajaan terutama berkaitan soal
pembaziran dalam perbelanjaan yang dibuat tanpa ketelusan serta
kebertanggungjawaban akan membawa kita ke lembah kehancuran,” kata
Anwar.
“Sebelum pilihan raya umum ke-13, penganalisis bebas telah
menimbulkan paras hutang kepada pendapatan perkapita negara iaitu
kira-kira 237 peratus pada tahun 2012 dan kita terlalu bergantung pada
hasil minyak, tetapi kawalan media oleh Umno-BN menggambarkan pengkritik
sebagai pengkhianat kepada kestabilan ekonomi,” ujarnya.
Katanya, tanpa membetulkan keadaan itu, Najib menyebabkan negara mengalami defisit fiskal lebih besar.
Oleh itu, ketika hutang negara meningkat mendadak, jaminan hutang
kerajaan hampir RM150 bilion pada 2012 berbanding RM96.9 bilion pada
tahun 2010 tidak diambil kira dalam pengiraan defisit belanjawan negara,
menunjukkan analisis ekonomi dan kewangan berat sebelah.
“Dalam hal ini, kami menyeru kepada Najib untuk berhenti menipu
rakyat dengan mengatakan kononnya ‘nisbah hutang-KDNK stabil’ sedangkan
realitinya, ia seperti menyembunyikan masalah kewangan negara di bawah
karpet,” kata Anwar menunut tindakan pemulihan segera diambil perdana
menteri.
KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...