Majlis Peguam, peguam dan bekas pegawai kehakiman berkata, kos yang tinggi dengan pembuangan petisyen berikutan kesilapan teknikal memberi gambaran bahawa hakim menghukum calon dan pengundi berkenaan serta tidak menggalakkan litigasi diambil ke peringkat lebih tinggi dengan menggunakan kerugian berbentuk kewangan untuk menakut-nakutkan pihak terbabit.
Mereka berkata, petisyen pilihan raya tidak boleh disamakan dengan kes sivil dan komersial iaitu kos dianugerahkan pada bantahan permulaan dan sebelum ini tidak ada jumlah kos yang terlalu tinggi dianugerahkan.
Peguam senior, Karpal Singh (kanan), yang berpengalaman mengendalikan petisyen pilihan raya berkata, kos yang dianugerahkan sebelum ini kurang daripada RM20,000 dan kos itu tidak bermaksud untuk membuat mana-mana pihak kaya.
“Secara idealnya, ia patut kos yang minimum, atau setiap parti patut diperintahkan untuk menanggung kos masing-masing,” katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur, minggu ini.
Baca lagi sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...