Sebilangan ahli politik ternama didakwa menaungi beberapa kongsi gelap
dan beberapa orang daripadanya turut menjadi penasihat kumpulan
terbabit.
Laporan akhbar Sin Chew Daily menyebut, kumpulan berkenaan merupakan antara 10 kongsi gelap, yang akan didedahkan esok oleh Kementerian Dalam negeri.
Ia membabitkan kumpulan gengster Cina, Melayu dan India, menurut laporan akhbar berbahasa Cina itu.
Kumpulan
itu meliputi “Geng 04”, “Geng 08”, “Geng 21” dan “Geng 36” dari
kumpulan India; “Hong Shun Tang”, “3821”, “Wu Se Qi”, “Hong Men” dan Hua
Ji Dang” dari golongan Cina; serta “Geng 3 Calit” dari kelompok Melayu.
Akhbar
tersebut yang memetik kenyataan sumber menyebut, kerajaan buat kali
pertama akan melancarkan “perang” ke atas kongsi gelap dengan
mendedahkan senarai nama kongsi berkenaan kepada umum.
Menurut
sumber tersebut, gengster Cina aktif dalam perniagaan haram termasuk
menjual DVD cetak rompak, membuka pusat karaoke, pusat perjudian,
mengedar dadah dan khidmat pelacuran.
“Gengster India secara
perbezaannya lebih agresif kerana mereka memungut wang perlindungan dari
pengusaha gerai dan pub selain menjadi penembak.
“Sementara itu, gengster Melayu lebih aktif 'menjaga' tapak pembinaan dengan memungut wang di sana.
“'Geng 3 Calit' Melayu paling aktif dan ketua setiap kawasan dipanggil ayahanda,” katanya.
Malaysiakini
Geng 3 calit tu ialah pekida. Pekida atau pukida adalah genster samseng melayu laknatullah. Hari2 kerjenya menyamun membelasah orang memeras ugut dan mencederakan malah sesetengah tempat membunuh. Mereka terdiri dari gelaran ayahanda along angah dll lagi. Mereka berani secara berkumpulan. Bila hendak membelasah orang mereka panggil kawan2 mereka lalu membelasah dan ugut serta memaksa memberikan wang. Di KL terdapat banyak ahli pukida laknatullah ini sama juga di Johor. Di JB je melambak ahli2 mereka kebanyakan terdiri drp orang2 kelantan. Malah pukida Johor diketuai orang kelantan yg berhati tersangat kejam dan jahat. Hapuskan je pukida ini sebab membuat masyarakat menjadi takut.
BalasPadam