Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, Julai 02, 2013

Terbaik!!! Adun Bukan Islam Cadang Larang minum arak di tempat awam

 ADUN cadang larangan minum arak di tempat awam

ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar hari ini mencadangkan agar satu kerajaan memperkenalkan satu undang-undang baru bagi melarang perbuatan meminum minuman keras di tempat awam.
Menurutnya, enakmen itu bertujuan bagi memberi kuasa undang-undang kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan polis untuk menguatkuasakan larangan tersebut di tempat berkenaan.
Kawasan awam yang dimaksudkannya itu termasuk tempat-tempat seperti taman permainan, kawasan rekreasi dan padang bola, kata bekas exco itu.

"Pejabat saya telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang kumpulan yang minum minuman keras di lokasi berkenaan sehingga larut malam dan kemudian meninggalkan botol kosong dan juga pecah yang berselerak di tempat tersebut.

“Keadaan ini menyebabkan kacau dan ganggu kepada keharmonian dan ketenteraman penduduk setempat di kawasan berhampiran," katanya.

Katanya, undang-undang seperti itu dikuatkuasa di beberapa negara seperti Australia, Kanada dan Amerika Syarikat yang menghalang perbuatan membawa dan meminum bahan tersebut di kawasan seperti taman dan pantai.

Selain itu, beliau juga menuntut agar kerajaan mengharamkan penjualan arak murah bagi membendung gejala sosial yang menurutnya semakin serius.

"Saya juga mohon kerajaan negeri melarang dan mengharamkan jualan arak murah yang boleh diperolehi dengan mudah dan berleluasa di kedai runcit, kedai perubatan Cina dan pasaraya di seluruh negeri.

"Yang begitu membimbangkan, pengambilan minuman ini dilakukan oleh ramai dari masyarakat India berpendapatan rendah.
"Ini menimbulkan masalah gejala sosial dan menyebabkan banyak berlakunya kes jenayah dan penderaan rumah tangga di kalangan masyarakat India yang tinggal di kawasan bandar dan luar bandar.

"Pihak berkuasa dan agensi-agensi berkaitan juga mesti terus memantau kedai yang menjual arak ini daripada menjualnya," katanya lagi.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan titah Diraja di Dewan Undangan Negeri di Shah Alam hari ini.

Malaysiakini

1 ulasan:

  1. Dulu sewaktu orang putih jajah tanah melayu, dia bagi arak/toddy untuk melalaikan orang India.La ni.....BN pulak galak jual toddy murah nak lalaikan India dan boleh peralatkan India bila pilihan raya.
    D

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...