KUALA LUMPUR 25 JUN: Ketua Parlimen Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar
Ibrahim berkata, ucapan titah Yang Dipertuan Agong (YDPA), Sultan Abdul
Halim Muadzam Shah ketika perasmian pembukaan Dewan Rakyat adalah titah
yang diusulkan Perdana Menteri dan bukan satu arahan.
Katanya, ucapan itu lebih menjurus kepada perbahasan terbuka dalam
Parlimen seperti yang terkandung dalam Konvensyen Demokrasi Berparlimen.
“Titah
Tuanku itu adalah titah Diraja atas usul Perdana Menteri bagi pihak
kerajaan dan itu untuk membolehkan perbahasan terbuka di Dewan Rakyat
diadakan. Ini adalaha malan biasa dalam mana-mana demokrasi
berparlimen,”
“Maknanya kalau pidato titah Tuanku itu sebagai arahan, (maka) tidak ada perbahasan.
“Hal ini kerana prinsip konvensyen dalam negara demokrasi ialah asas
itu (titah Diraja) untuk dibahaskan, bukan arahan,” katanya kepada
pemberita selepas majlis perasmian persidangan pertama Parlimen ke-13
hari ini.
Beliau mengulas titah Tuanku yang menyeru kepada semua pihak supaya
menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Justeru, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menimbang untuk satu
langkah sesuai supaya Agong turut sama memperoleh maklumat penipuan
sepanjang proses pilihan raya lalu.
“Saya mempertimbang satu usaha untuk memastikan Tuanku juga mendapat
maklumat berhubung penipuan dan kecurangan besar dalam PRU lalu,” kata
Ketua Umum KEADILAN itu lagi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli tidak menolak teks
ucapan YDPA meminta semua pihak menerima keputusan PRU lalu itu
disediakan oleh Perdana Menteri.
“Wujud satu usaha untuk mengheret nama baik Agong dalam isu ini. Ini
adalah soal kredibiliti, legitimasi dan saya cenderung melihat ini
sebagai masalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan Umno,” ujar
Pengarah Strategi KEADILAN itu.
Rafizi berkata, KEADILAN dan Pakatan tetap akan meneruskan usaha
untuk memikul tanggungjawab bagi membersihkan senarai pengundi dan
proses pilihan raya.
KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...