SEGAMAT:
"Kenapa penganjuran tarian gelek sebelum ini pejabat kadi tidak
bertindak? Tetapi apabila kuliah agama Ustaz Azhar Idrus pula mahu
disekat?"
Inilah antara perkara yang dibangkitkan Yang Dipertua PAS Segamat, Firdaus Masod kepada Kadi daerah Segamat, Assheikh Haji Sulaiman berhubung larangan membenarkan Ustaz Azhar Idrus menyampaikan kuliah di sebuah madrasah, di Segamat, 22 Jun lalu.
Beliau turut mencabar pihak kadi tersebut untuk menahan Ustaz Azhar pada malam tersebut jika benar bersalah dan bertegas untuk meneruskan majlis ilmu tersebut yang kemudiannya mencatat kehadiran lebih dari 10,000 hadirin.
Ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini, Firdaus berkata beliau kesal dengan keadaan itu, yang mana kuliah agama yang membawa kepada kebaikan cuba disekat, sebaliknya tidak berbuat apa-apa terhadap tarian gelek yang menimbulkan kontroversi sebelum ini.
Kadi daerah itu menghantar surat kepada pihak penganjur kuliah ini agar menghentikan majlis itu atau berhadapan dengan tindakan undang-undang dari Kadi Daerah.
"Ini yang berlaku di Johor, mereka takut dengan ustaz-ustaz yang ada nama yang mereka anggap boleh mempengaruhi orang ramai. Kalau pengaruh untuk perkara baik, tiada masalah. Tapi, isu tauliah yang dibangkitkan bagi menyekat kuliah agama," tegas beliau yang membantu adiknya menguruskan madrasah tersebut.
Arahan pembatalan ini dikeluarkan oleh Kadi Daerah Segamat, Assheikh Haji Sulaiman pada 20 Jun lepas.
"Dukacita dimaklumkan bahawa pihak kami tiada menerima apa-apa permohonan kebenaran dan pihak kami juga tiada mengeluarkan apa-apa kebenaran dan tauliah bagi program tersebt.
"Justeru itu adalah dikehendaki agar tuan menangguhkan ceramah tersebut atau pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang," tulis Kadi daerah itu dalam suratnya bertarikh 20 Jun yang ditujukan kepada Pengerusi Madrasah Ibnu Mas'ud, Kampung Tasik, Segamat.
Bagaimanapun, kata Firdaus, majlis ilmu itu tetap diteruskan dengan kuliah diberikan oleh Ustaz Azhar dan pihak madrasah tidak menerima sebarang surat susulan ekoran keingkaran terhadap arahan tersebut.
Dalam pada itu, beliau mencadangkan isu tauliah yang diberikan kepada pendakwah di setiap negeri dikaji semula.
Biarpun mengakui keperluan pentauliahan untuk mana-mana pendakwah bagi mengelakkan sebarang penyebaran ajaran sesat, Firdaus berkata sudah sampai masanya ia dipermudahkan dengan mekanisme-mekanisme tertentu.
"Kita akui bukan mudah seseorang itu diberikan tauliah, kita akui itu. Cuma mungkin perlu dipermudahkan dengan penyelarasan di seluruh negara," kata beliau.
Cadang beliau, biarpun pemberian pentauliahan itu terletak di bawah kuasa undang-undang negeri, ia mungkin boleh digunapakai di mana-mana negeri di seluruh negara.
"Mungkin apabila seseorang pendakwah itu mendapat tauliah dari negeri Selangor, tauliah itu juga turut terpakai di negeri-negeri lain di Malaysia," kata beliau.

HarakahDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...