KUALA LUMPUR:
Pemimpin-pemimpin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepatutnya meletakkan
jawatan jika mereka bermaruah hanya kerana satu kes sahaja iaitu dakwat
kekal yang tidak kekal, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
(Dua pemimpin utama SPR yang didesak meletak jawatan tetapi menolaknya)
"Ketika semakin kuat keyakinan rakyat bahawa pilihan raya umum yang lepas dicemari penipuan, pemimpin-pemimpin SPR sepatutnya meletakkan jawatan jika mereka bermaruah," kata beliau ketika mempertikaikan sikap Pengerusi SPR yang berkeras bahawa pemimpin-pemimpin suruhanjaya itu tidak akan meletak jawatan hanya kerana didesak oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan proses pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini.
Amat malang, kata Salahuddin, apabila pemimpin-pemimpin SPR itu bukan sahaja enggan mengambil tindakan bermaruah dan meletak jawatan, malah mereka memilih untuk menyerang rakyat yang tidak dapat menerima pilihan raya 5 Mei lalu sebagai pilihan raya yang adil dan bersih.
Beliau berkata, keyakinan rakyat bahawa pilihan raya tersebut sebagai pilihan raya penuh penipuan bukan dibuat berdasarkan imaginasi mereka malah berdasarkan begitu banyak laporan polis yang dibuat serta pelbagai pendedahan demi pendedahan yang tidak dijawab dengan meyakinkan oleh SPR.
"Ambil contoh yang paling mudah, iaitu isu kandungan bahan kimia dalam dakwat yang didakwa kekal yang mengakibatkan pertelagahan antara SPR dengan Menteri Kesihatan
"Apa yang berlaku itu menyebabkan rakyat semakin yakin bahawa pilihan raya umum lalu penuh dengan penipuan," kata Salahuddin (gambar).
Beliau berkata, dalam pertelagahan itu, rakyat sudah pun melihat pemimpin-pemimpin SPR tidak lagi bermaruah apabila Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam sendiri enggan mengakui pihaknya mengeluarkan laporan keselamatan yang memberi amaran mengenai risiko kesihatan yang timbul daripada kandungan lebih satu peratus argentum nitrat dalam dakwat yang didakwa kekal itu.
"Kalau menteri dari Barisan Nasional (BN) sendiri memberikan kenyataan yang menyebabkan SPR dilihat berbohong dan menipu, bagaimana rakyat hendak mempercayai pilihan raya lepas bersih dari penipuan dan ketidakadilan?" beliau mempersoalkan.
Subramaniam berkata, kementeriannya tidak pernah menyediakan sebarang laporan kesihatan berhubung dakwat kekal dan SPR juga tidak pernah meminta Kementerian Kesihatan berbuat demikian.
Memburukkan lagi keadaan, kata Salahuddin, apabila SPR membisu seribu bahasa setelah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menuntut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengemukakan surat yang didakwa dihantar oleh Kementerian Kesihatan itu.
Aziz sebelum itu mendakwa Kementerian Kesihatan mengeluarkan laporan keselamatan mengenai dakwat kekal.
Harakahdaily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...