PETALING JAYA 29 MEI: KEADILAN hari ini mendedahkan bukti terbaru
berhubung helah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya lalu
bagi membolehkan pengundian dibuat lebih dari sekali.
Naib Presidennya, Fuziah Salleh berkata, beberapa hari sebelum hari
mengundi, SPR mengeluarkan tatacara proses pengundian bagi mengatasi
masalah kesesakan di saluran tempat mengundi, dan garis panduan itu
turut diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya setiap parti tetapi tanpa
sebarang taklimat.
“Menerusi
tatacara tersebut, kerani SPR dibolehkan untuk membuka buku daftar
pemilih yang baru sekiranya terdapat lebih 20 orang beratur bagi setiap
saluran, dan mereka boleh membuka sehingga tiga buku daftar pemilih,”
kata Fuziah dalam sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
“SPR telah memberi ruang kepada satu keadaan yang membolehkan
pengundian lebih dari sekali berlaku kerana buku tersebut tidak
bertanda. Sekiranya pengundi datang lagi sekali selepas mengundi, buku
itu boleh ditanda lagi untuk kali kedua,” jelasnya.
Ahli Parlimen Kuantan itu turut menunjukkan salinan laporan polis oleh saksi yang dibenarkan SPR mengundi sebanyak dua kali.
“Ia terjadi kepada Fadli Kaharuddin yang mengundi di saluran empat,
Sekolah Kebangsaan Sungai Isap (Kuantan). Selepas mengundi lebih kurang
jam 10 pagi dia pulang ke rumah dan mendapati dakwat kekal boleh
dibasuh.
“Marah dengan keadaan itu, lebih kurang jam 1.15 petang beliau
kembali ke sekolah tersebut untuk menguji samada boleh mengundi lagi,
dan mendapati dia dibenarkan mengundi sekali lagi,” jelas Fuziah.
Fadli bagaimanapun tidak membuang undi tetapi membawa kertas mengundi dan menyerahkan kepada polis lalu membuat laporan.
“Tapi apa yang (Datuk) Wan Ahmad (Wan Omar) kata, pemuda tersebut
boleh didakwa kerana mengundi dua kali dan bawa kertas keluar,” katanya.
“Justeru, apabila kita kaji, ini rancangan SPR yang membolehkan
penipuan berlaku, dan ia berkemungkinan berlaku di seluruh negara,”
tegasnya.
KeadilanDaily
Tiada keberkatan pada sesuatu yang Haram dan ia tidak akan kekal lama...
BalasPadam