Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Mei 29, 2013

Allah Maha Kuasa Penipuan PRU13 Lagi Terbongkar.!!! Pegawai SPR Kira Undi Awal “Secara Senyap”


SPR tipu suara rakyat 505 pj 01

PETALING JAYA 29 MEI : Pakatan Rakyat hari ini mendedahkan lagi bukti bahawa terdapat keraguan dalam proses pengundian awal yang boleh memesongkan keputusan pilihanraya ke-13.
Bukti tersebut di dalam dua laporan polis yang dibuat ejen calon PKR, kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.

Laporan pertama dibuat di Melaka berkenaan pengundian awal di DUN Machap, manakala yang kedua dibuat di Perak berhubung pengundian pos di DUN Pengkalan Hulu.

Dalam laporan polis pertama ejen calon PKR Dun Machap, Abu Hussin Tamby mendakwa melihat pegawai Suruhanhjaya Pilihan Raya (SPR) membuka dan mengira kertas undi dari peti undi awal yang disimpan di Ibupejabat Daerah Polis Alor Gajah.

Insiden berkenaan terjadi apabila Abu Hussin sedang mengiringi pegawai SPR yang membawa peti undi awal untuk disimpan di dalam balai polis berkenaan.

“Saya melihat sejumlah anggota SPR yang dianggarkan seramai tujuh hingga lapan orang sedang duduk mengira kertas-kertas undi di sebelah lokap tempat peti undi awal kami disimpan.

“Selepas selesai mengiringi untuk menimpan peti undi awal di dalam lokap, saya sempat lagi melihat petugas-petugas yang memakai baju SPR sedang mengira kertas undi,” katanya dalam laporan polis berkenaan.
Dilaporkan sebelum ini bahawa undi awal dan undi pos hanya akan dikira pada hari buang undi iaitu 5 Mei. Manakala undi awal dan undi pos dibuat lima hari sebelum tarikh itu.

Sementara dalam kejadian kedua, ejen calon PKR Dun Pengkalan Hulu, Jauneh Otoh membuat laporan polis ekoran kehilangan peti undi awal bagi Kem 18 Pasukan Gerakan Awam (PGA) di Pengkalan Hulu yang tidak sampai seperti yang dijadualkan.

Kejadian meragukan itu mengakibatkan ejen-ejen PKR menuntut supaya peti undi tersebut dkecualikan daripada pengiraan undi dan dipersetujui oleh pegawai SPR.

PKR turut dimaklumkan, Ketua Pemerintah Kem 18 PGA Pengkalan Hulu membuat laporan polis pada 9 Mei 2013 di Balai Polis Pengkalan Hulu dan mendakwa peti undi yang hilang telah dijumpai.
Jelas Rafizi, dua kejadian benar yang berlaku ini membayangkan betapa longgarnya kawalan, integriti dan seliaan peti undi awal
sehingga boleh hilang dan dibuka begitu sahaja.

“Keputusan undi pos dan undi awal di seluruh negara menimbulkan kecurigaan apabila-calon-calon Pakatan Rakyat mendapat undi sekitar 10 hingga 15 peratus daripadanya.
“Ianya jauh lebih rendah dari tahap sokongan dalam PRU-12 pada sekitar purata 30 peratus,” tambah Rafizi.

Selangorku

2 ulasan:

  1. tiada lagi undi yg disimpan.
    pengiraan perlu serta merta dgn disaksikan agen parti.

    cara ini akan mengelakkan berlakunya manipulasi.

    pr tidak perlu lagi sertai pilihanraya jika syarat ini ditolak.

    pengiraan semula juga wajib dimansuhkan. ktm dan agen perlu lalui proses sehingga spr serah surat pengesahan terima borang 14 dgn angka yg sama seperti tertera dlm borang 14.

    daftar pemilih mesti terus daripada jpn dgn menggunakan alamat pengundi seperti yg tertera di kad pengenalan. pengundi wajib mengundi di kawasan spt yg tertera di kad pengenalan.

    BalasPadam
  2. mereka akan berbuat apa saja untuk kekal berkuasa. dan mereka berlindung atas kuasa yg telah diamanahkan Allah utk berbuat zalim kepada rakyat. Wahai sekelian rakyat berdoalah dgn bersungguh2 tanpa jemu, sesungguhnya ini sebahagian dari ujian Allah utk memilih hamba2Nya yg taat dan mengikut perintahNya. Kazaliman ini pasti akan dibalas. Hanya Allah sebaik2 pelindung dan pemberi keadilan... "Hasbunallah hu wani'mal waqil"

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...