JOHOR BAHARU 3 APRIL: Sekumpulan samseng Umno mempersenda lagu
Negaraku semata-mata mahu mengganggu ucapan pemimpin Pakatan Rakyat
terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Sebab lagu Negaraku, saya berhenti sekejap,” kata Ketua Umum
KEADILAN itu apabila lagu itu berkumandang, malah turut menyanyi
bersama-sama pemimpin dan penyokong Pakatan.
Sebaik
saja meneruskan ucapan pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung
Datuk Sulaiman Menteri di sini, malam tadi, sekitar 20 samseng Umno
memutar semula lagu kebangsaan itu berulang kali.
“Saya hormat (lagu) Negaraku tapi ini sudah jadi mainan mereka (Umno),” kata Anwar sebelum meneruskan ucapan.
Kejadian sama lebih awal berlaku terhadap Lim Guan Eng apabila lagu
Negaraku dipermain untuk mengganggu ceramah Setiausaha Agung DAP itu.
Guan Eng juga menghentikan ucapan apabila lagu itu kedengaran,
sebaliknya samseng Umno terus memasang semula lagu berkenaan beberapa
kali.
Lebih
2,000 hadirin menggeleng-geleng kepala menyaksikan pelakuan tidak
senonoh itu, malah ada tertawa melihatkan perangai kebudak-budakan itu.
Samseng Umno berselindung di sebalik program ‘Malam Mesra’ kira-kira 50 meter dari lokasi ceramah.
Mereka turut memutar beberapa lagu lain termasuk lagu rasmi Umno
dengan kuat dan menghala pembesar suara ke tapak ceramah sepanjang
program itu.
Samseng Umno juga berbuat bising, terjerit-jerit memaki hamun dan
menghambur kata-kata kesat sambil mengibar bendera Umno dan BN.
Anggota polis yang berkawal pula dilihat tidak berbuat apa-apa untuk menghentikan provokasi berterusan itu.
Untuk tonton, sebahagian kebiadapan samseng Umno, KLIK INI./KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...