'Pengarah SPR S'gor akui ada pengundi meragukan'
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mendakwa bahawa Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor, Dzulkifli Abdul Rahman mengakui bahawa seorang penolong pendaftar Umno telah mendaftarkan ramai pengundi yang meragukan.
Charles mendakwa, perkara itu diakui oleh Dzulkifli dalam satu pertemuan dengannya selama 45 minit di pejabat SPR Selangor hari ini.
SPR sebelum ini berkata, individu yang sama telah mendaftar S
Dinesh, 32, yang tinggal di Britain, sebagai seorang pengundi tahun lalu tanpa pengetahuannya.
"Saya bertanya kepadanya (Dzulkifli) berapa ramai pengundi yang telah didaftar oleh orang ini. Beliau kata 'ramai'," kata Charles.
Bagaimanapun Dzulkifli, menurut Charles, berkata SPR tidak boleh mengeluarkan nama Dinesh dari daftar pemilih kerana Seksyen 9(a) Akta Pilihan Raya, melarang nama dibuang dari daftar pemilih yang telah diwartakan.
"Mereka berselindung di sebalik Seksyen 9(a)," kata Charles yang mendakwa mereka mengakui undang-undang dilanggar tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.
Dzulkifli bagaimanapun tidak hadir di sidang media Charles itu yang diadakan di pejabat SPR Selangor./MalaysiaKini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...