Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, April 12, 2013

Najib ‘pak turut’ Mahathir punca politik perkauman Umno menjadi-jadi - DSAI

KUCHING 12 APRIL: Najib Razak yang takut untuk menegur perlakuan Tun Dr Mahathir Mohamad dan sering mengikut telunjuk mantan Perdana Menteri itu menyebabkan politik perkauman Umno BN kian menjadi-jadi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
pasar siburan, bt 17 (12)
“Najib sebagai PM, dengan Mahathir pun takut, tak berani tegur. Sebagai ketua negara, dia mesti hormati setiap rakyat.
“India (di negara ini) tidak sampai 10 peratus tetapi kita tak boleh hina, orang Melayu sebagai majoriti pun kena saling menghormati.

“Macam mana negara nak aman, kalau ketua negara tak reti nak hormat rakyat? Selepas 55 tahun merdeka, rakyat masih ditanya “kamu warganegara mana? Kalau tak setuju baliklah negara kamu”, pemimpin apa ini?” tempelak Anwar di atas tingkah laku pemimpin Umno.

Beliau berkata demikian pada ceramah Jelajah Pakatan Harapan Rakyat di Pasar Siburan, Batu 17, Jalan Kucing-Serian, Mambong, malam tadi.
siburan 1
Anwar selanjutnya berkata, sebagai pemimpin rakyat mesti dipastikan selamat dan tidak timbul lagi isu perkauman mahupun ugutan berkaitan kewarganegaraan.

“Kita mahu orang India rasa selamat, anak-anak Cina tidak lagi takut, orang Sarawak pun berani dan bangga menjadi orang Sarawak.

“Kenapa kita tak boleh dapat semangat itu selepas lebih 50 tahun merdeka? Ayuh kita bergerak bersama ke arah itu, ubahlah pada (PRU 13) 5 Mei nanti,” katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 1,000 penyokong. – NS

KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...