KUALA LUMPUR 12 APRIL: Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution
Ismail memaklumkan, KEADILAN menerima maklumat ‘ugutan serius’ terhadap
keselamatan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“KEADILAN terima maklumat yang sangat membimbangkan, iaitu ancaman
keselamatan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya pada sidang media
di ibu pejabat parti, semalam.
Justeru
katanya, pertemuan langsung dengan Ketua Polis Negara (KPN) perlu
disegera untuk mendedahkan identiti dan sumber maklumat tersebut.
“Kami menilai info ini sebagai satu perkara serius. Maklumat mengenai potensi ancaman tak boleh dipandang ringan.
“Kita akan maklum (kepada media) bila KPN sedia bertemu. Sebab itu
saya memilih untuk menulis sekali lagi untuk (pertemuan) pada bila-bila
masa (mengikut) kelapangan Tan Seri (Ismail Omar),” kata Saifuddin.
Ditanya pemberita mengapa laporan polis tidak dibuat, Saifuddin
menjelaskan KEADILAN berpengalaman membuat puluhan laporan polis beserta
bukti. Namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil terhadap
penyerang dan provokator.
Tambahnya, surat permohonan pertemuan dibuat sejak 13 Mac, tetapi masih tidak dibalas.
“Kena terus jumpa langsung, hanya dengan KPN yang boleh,” kata
Saifuddin sambil memberi jaminan akan mendedahkan jenis ancaman dan
butirannya selepas pertemuan dengan Ismail. – SDQ
KeadilanDaily
Bukankah pada tahun 1998 keselamatan Anwar pernah terancam dan nyawanya hampir terpisah dari oleh tak lain dan tak bukan 'KETUA POLIS NEGARA' sendiri.
BalasPadamHarap-harap KPN yang ni akan lebih prihatin.
Jangan nak membodek bila PR dah masuk PUTRAJA.
Agensi kepolisan ni PR mesti letak di bawah Parlimen...so that KPN mestilah individu yang berintegriti dan sedar kediri.
Kepada semua yang bertanggungjawab kepada keselamatan negara , terutamanya polis tolong jangan korbankan keharmonian negara ini kerana mempertahankan segelintir manusia yang ingin terus mempertahankan kuasa. Jangan jadikan kuasa yang ada sebagai alat untuk mengekalkan kezaliman dan ketidakadilan .
BalasPadam