KUALA LUMPUR 26 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Datuk Seri
Najib Razak yang sehingga kini masih belum membubarkan Parlimen,
walaupun tempoh mandat BN mentadbir Kerajaan Persekutuan melepasi tempoh
lima tahun, selepas pilihan raya 2008.
Lebih
parah, hanya tinggal sehari lagi sebelum satu Dewan Undangan Negeri
(DUN) akan terbubar secara automatik iaitu DUN Negeri Sembilan, diikuti
negeri kelahiran Perdana Menteri – DUN Pahang pada 7 April.
Ketua Umum KEADILAN berkata, keengganan Perdana Menteri membubarkan
Parlimen kerana percaya Umno BN langsung tidak yakin untuk memenangi
Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Sebab itu sehingga sekarang Najib masih belum bubarkan Parlimen,” katanya pada wawancara bersama Radio Free Malaysia (RFM), malam tadi.
Anwar berkata, Umno BN tahu mereka tidak yakin dapat meraih sokongan
walaupun setiap hari pelbagai pemberian kerajaan diumum untuk diberikan
kepada rakyat.
“Kalau Najib yakin, walaupun sedikit bahawa Umno BN boleh memenangi PRU, sudah tentu dia bubarkan Parlimen sebelum 8 Mac lalu.
“Dari segi undang-undang, tidak salah Umno BN memerintah, tetapi dari
segi moral, hak Umno BN untuk teruskan pemerintahan harus berakhir pada
8 Mac, selepas genap lima tahun mandat,” katanya.
Beliau mempertikai Umno BN yang sekarang baru memikirkan soal rakyat ketika nyawa parti itu hampir luput.
“Selama lima tahun sebelum ini apa yang Umno BN fikirkan?
“Sekarang baru fikir nak beri Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),
naikkan bonus dan elaun kakitangan, beri permit teksi tetapi sebelum
ini semua permit itu diberikan kepada kroni Umno BN,” bidas Anwar.
Sambungnya, selepas BR1M diagihkan, defisit negara akan meningkat dan menyebabkan cukai naik.
“Kesannya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan diumumkan. GST
inilah akhirnya akan menambah beban kepada rakyat terbanyak dan kos sara
hidup lebih parah,” ujarnya.
Parlimen akan terbubar secara automatik pada 28 April depan.
Manakala pada 22 April (Selangor), 24 April (Perak), 26 April
(Melaka), 28 April (Perlis dan Kelantan), 29 April (Sabah), 2 Mei
(Penang dan Kedah) dan 5 April (Terengganu). – NS/KeadilanDaily
Ahli Umno-BN diseru keluar dari parti ‘Syaitan’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...