SHAH ALAM: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
menyifatkan fitnah terhadapnya yang kini satu-persatu mula terbongkar,
sebagai pertolongan dari Allah terhdap dirinya yang dizalimi.
Beliau berkata, segala pembongkaran yang berlaku bukan perancangannya tetapi yakin ianya ketentuan Ilahi.
"...tipu
muslihat mereka terbongkar satu persatu, saya tak rancang pun, tapi
Allah tunjukkan," katanya pada majlis sambutan ulang tahun kelima
pentadbiran Pakatan Rakyat di Shah ALam malam tadi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa fitnah terhadapnya yang kini mula terbongkar satu-persatu.
Ianya
termasuk isu Liwat II yang menyaksikan bapa kepada Saiful Bukhari,
Azlan Mohd Lazim membuat kenyataan bersifat 'u-turn' dengan mendakwa
tuduhan liwat tersebut konspirasi pihak tertentu untuk menjatuhkan
Anwar.
"....terkini bapa Saiful Bukhari, beliau sendiri minta
maaf kepada saya dan keluarga," katanya sambil menegaskan pendedahan
bapa Saiful itu tidak diketahuinya malah ia juga tidak dirancang kerana
beliau yakin ia adalah pertolongan Allah dan berkat doa yang tidak
putus-putus daripada rakyat.
Semalam dalam satu majlis serupa di
Pulau Pinang, Anwar turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih
kepada Azlan atas pendedahan yang dibuatnya bahawa anaknya itu
dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang mendalangi kes liwat kedua
melibatkannya.
Anwar berkata, pendedahan yang dibuat Azlan itu
menguatkan lagi bukti konspirasi fitnah jahat yang dilakukan untuk
memenjarakannya.
Sementara itu, mengulas fitnah terbaru Umno BN
yang mengaitkan beliau sebagai dalang insiden pencerobohan di Lahad datu
pula, Anwar berkata, beliau telah bersedia menghadapinya.
"Cara media perdana mainkan saya isu Lahad Datu, saya akan hadapinya, namun undur tidak sekali," katanya./HarakahDaily
Digital Al-Quran Untuk Dijual...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...