Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, Mac 11, 2013

Peringatan!! Jangan mengugut soal agihan kerusi, kata Anwar Ibrahim

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan ahli dan pemimpin parti supaya jangan mengugut kepimpinan apabila mereka gagal mendapat kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

penang pakatan convention 090313 anwarBeliau menyifatkan episod pertelingkahan berhubung isu agihan
kerusi sebagai satu "masalah kecil" dalam Pakatan Rakyat, dan menegaskan setiap parti merasakan calonnya boleh lmenang dan boleh mendapatkan lebih banyak undi.

Tetapi, katanya, inilah jenis orang yang mengadu bahawa tidak akan sokongan dari kumpulan etnik atau agama tertentu jika parti mereka tidak diperuntukkan kerusi mereka yang mahu.

Katanya, orang jenis ini berfikiran cetek dan gagal untuk melihat gambaran besar bahawa perlunya berjuang bersama-sama untuk menawan Putrajaya.

Anwar yang juga ketua umum PKR, menegaskan demikian kepada berucap kepada kira-kira 600 hadirin konvensyen Pakatan peringkat negeri di Komtar hari ini.

Katanya, seseorang itu boleh menuntut, tetapi jangan sesekali mengungut, sambil menegaskan supaya jangan dikorbankan segala-galanya, termasuk prinsip parti,  semata-mata untuk satu kerusi.

Dalam ucapannya, Anwar menyentuh kes di Gelang Patah yang menyaksi perang mulut secara terbuka antara pengerusi DAP Johor, Boo Cheng Hau dan rakan sejawatannya dari PKR, Datuk Chua Jui Meng.

NONEKatanya, bila tanya PKR, ia kata kerusi itu miliknya, bila tanya
"DAP, ia kata milik mereka, dan secara berseloroh Anwar berkata, beliau sedang menunggu PAS pula tampil menuntut kerusi tersebut.

Anwar berkata, mungkin wujud rasa tidak  puashati di peringkat akar umbi, tetapi di peringkat kepimpinan antara beliau, penasihat DAP dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi "kami okay"./MalaysiaKini

Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!

1 ulasan:

  1. tolong lah jangan gaduh-gaduh pasal hal macam ni..saya sayang PR, saya tak nak ada permusuhan dan perpecahan antara parti yg bersatu ini...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...