KUALA LUMPUR 3 Mac: Pakatan Rakyat jamin tidak akan meminggirkan
golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan kelompok minoriti lain, tegas
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Janji dan sumpah kita untuk laksana amanah dan menegakkan keadilan
tak tercapai kalau OKU terpinggir,” kata Anwar dalam ‘Dialog OKU Bersama
Pakatan’ di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), hari ini.
Tegas Anwar, antara hal paling utama akan diberi perhatian dalam
manifesto Pakatan Rakyat adalah peluang pendidikan untuk rakyat termasuk
warga OKU.
“Demokrasi adalah akses kepada pendidikan yang berkualiti. Saya
jelaskan, kita fokus kepada peluang pendidikan untuk semua rakyat,” kata
Anwar.
Justeru Anwar memberi komitmen untuk melibatkan OKU dalam pembentukan dasar-dasar Pakatan Rakyat.
“Saya tak mahu janji sekadar pilihan raya. Soal OKU dan kemiskinan
bukan hanya agenda pilihan raya. Keyakinan kita ialah, jangan sampai
munafik dalam politik.
“Kita boleh beri manifesto yang lunak untuk kesejahteraan rakyat.
Tapi, antara ungkapan kata dan pelaksanaan, itu berbeza,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar berkata, OKU antara kelompok masyarakat yang paling kuat menyokongnya sejak gerakan Reformasi pada 1998.
“Tak pernah terputus wakil OKU hadir di setiap majlis kami. Saya nak
nyatakan secara peribadi, saya terkesan dengan nostalgia, semasa saya
derita.
“Apa maknya manusia bernama Anwar kalau lupa semasa dia derita, OKU
berdiri tegak dan berani bersama. Saya hargai dukungan saudara,” kata
Anwar disambut laungan ‘Reformasi! hadirin.
Dalam program ‘Dialog OKU Bersama Pakatan’, Anwar turut
menandatangani draf ‘Pakatan Harapan OKU’ yang diserahkan kepada
Pengerusi Sekretariat OKU Bangkit yang juga peguam OKU, Mohamad Faizal
Che Yusoff./KeadilanDaily
#Anda Bakal Jutawan Online##
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...