Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang meramalkan Perlis dan Negeri Sembilan
adalah dalam jangkauan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13,
sekaligus meningkatkan bilangan kerajaan negeri Pakatan daripada lima
pada 2008 kepada tujuh pada 2013.
Dalam temubual eksklusif dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, ahli
parlimen Ipoh Timor itu menyatakan keyakinan bahawa gabungan itu boleh
mengekalkan kuasanya di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, dan
menawan semula Perak.
Dengan kemampuan untuk menawan Perlis dan
Negeri Sembilan, maka beliau mendakwa harapan Pakatan untuk menawan
Putrajaya adalah cerah.
Bagaimanapun, Lim (kiri) mengakui bahawa kerajaan PAS Kedah dalam keadaan yang goyah.
Walaupun begitu, Lim berkata, 'tsunami politik' pada pilihan raya umum 2008 masih belum mencapai kemuncaknya.
"Pada
pilihan raya umum lepas, angin anti-establishment bermula dari utara
dan berhenti di Negri Sembilan. Ia bukan tsunami penuh. Ia belum
mencapai kemuncaknya.
"Tsunami akan hanya reda apabila ia
mencapai puncaknya. Saya percaya akan ada tsunami politik yang lebih
besar dalam pilihan raya umum akan datang yang akan melanda seluruh
negara," Sin Chew Daily memetik Lim sebagai berkata./MalaysiaKini
JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...