Lahad Datu: Anwar arah kaji saman ke atas media Umno
(Anwar di majlis ceramah malam tadi - foto Malaysiakini)
PULAU PINANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim telah
mengarahkan peguamnya untuk mengkaji tindakan undang-undang terhadap dua
media Umno iaitu Utusan Malaysia dan TV3 berikutan laporan yang
mendakwa beliau terlibat dengan kes Lahad Datu.
Anwar dalam
kenyataannya selepas memberikan ceramah dekat sini berkata, beliau tidak
ada kaitan dengan kesultanan Sulu sebagaimana yang didakwa.
"Jika
saya bertemu pun apa isunya? Siapa di dalam kerajaan yang tidak pernah
bertemu dengan pemimpin Moro Islamic Liberation Front Haji Murad Ebrahim
atau (Moro National Liberation Front leader) Nor Misuari?" tanya Anwar
selepas memberikan ceramah kepada lebih 2,000 orang di Seberang Jaya.
"Apa
yang pentingnya, adakah saya terlibat memberikan arahan agar berlaku
kebangkitan di sana atau pencerobohan kepada sempadan kita," kata Anwar
sebagaimana dilaporkan wartawan Malaysiakini.
Menurut Anwar, apa
yang beliau pernah nyatakan dalam kes ini adalah mempersoalkan kenapa
sempadan negara begitu mudah dicerobohi dan mengapa masa yang terlalu
lama diambil kerana soal keselamatan tidak boleh dikompromi.
Utusan
dalam laporannya memetik kononnya pemimpin politik pembangkang di
Malaysia memberikan jaminan untuk memberikan kuasa otonomi kepada Sabah
jika menang dalam pilihan raya nanti.
TV3 pula malam tadi
memberikan 30 minit masa untuk melaporkan kes Lahad Datu dan 5 minit
melaporkan dakwaan Anwar terlibat dalam pencerobohan itu.
TV3 juga mengecam kenyataan Tian Chua kononnya pencerobohan itu adalah sandiwara Umno menjelang pilihan raya./HarakahDaily
VIDEO PANAS!!!!! DSAI
Harap terus menulis blog w/pun selepas.PRU 13..
BalasPadamyang mana patut saman jangan bagi can saman tak serik serik nak buat fitnah yang melampau
BalasPadamrakyat dah pun dah naik muak dangan puak omno ni
Media kawalan UMNO mengambil kesempatan memfitnah Anuar utk meraih sokongan rakyat. Segala kejahatan mesti tuduh Anuar sebagai dalang. Sempadan diceroboh sehingga tidak terkawal ada kaitan dgn projek IC biru Mahathir kpd PATI dari Philipina, supaya undi BN, demi menjamin kemenangan BN. Mahathir pengkhianat bangsa dan negara, menjadi punca sempadan tak terkawal.Jika pemimpin tegas dan tiada rasuah seperti Spura, pendatang haram tidak berani ceroboh perairan, apatah lagi nak mendarat.Beberapa minit saja kepungan dibuat dari udara,laut, darat.
BalasPadamRakyat sekarang perlukan banyak pilihan. Macam macam penyelewengan yang kita dengar dari pihak pembangkang dan kerajaan.SUDAH TIBA MASA ANGKATAN GENERASI MUDA MALAYSIA MASA KINI MENUBUHKAN PARTI YANG MEWAKILI KEHENDAK SEBENAR,JIWA,HASRAT DAN KEADILAN YANG SETARA .Majoriti pengundi Malaysia kini terdiri drpd generasi muda.
BalasPadamcukuplah dengan sandiwara politik-politik ni semua. tak habis2 menyalahkan antara satu sama lain. rakyat yang sengsara tahu tak. kerajaan dan pembangkang perlu bersatu untuk menangani isu lahad datu. jangan sampai terhantuk baru tengadah!
BalasPadam