Pakatan Rakyat akan memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang
dengan majoriti lebih daripada 10 kerusi parlimen dan menguasai
sekurang-kurangnya enam daripada 13 negeri, kata Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Pada hari pertama berkuasa, kerajaan Pakatan Rakyat akan
meliberalisasikan lesen akhbar, kata Anwar dalam satu temubual di Kuala
Lumpur hari ini.
Dasar utama dalam tempoh 100 hari pertama akan
termasuk pendidikan, pembasmian rasuah dan perolehan kerajaan. Tiada
hukuman yang akan diambil terhadap pemimpin-pemimpin terdahulu, termasuk
Tun Dr Mahathir Mohamad, yang memecat beliau pada tahun 1998, katanya.
"Saya tidak mahu dianggap terlalu yakin, tetapi saya percaya,
melihat pada trend sekarang, akan dapat majoriti yang selesa," kata ahli politik yang berusia 65 tahun itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mesti membubarkan Parlimen pada 28 April untuk mengadakan PRU dalam tempoh 60 hari.
Anwar
mahu menewaskan kerajaan yang beliau pernah berkhidmat sebagai timbalan
perdana menteri dan menteri kewangan, dan yang telah mentadbir Malaysia
selama 55 tahun.
Mahathir, yang berkhidmat sebagai perdana
menteri selama 22 tahun sebelum bersara pada tahun 2003, mengambil alih
jawatan menteri kewangan selepas memecat Anwar semasa krisis kewangan
Asia.
Perdana menteri selepas itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan
kini Najib, turut memegang portfolio tersebut. Anwar berkata beliau
akan menyerahkan tugas itu kepada orang lain jika beliau menjadi perdana
menteri.
"Setelah berpengalaman selama lapan tahun sebagai menteri kewangan, saya tahu ia sangat sukar," kata Anwar.
"Anda
tidak boleh mempunyai perdana menteri yang juga menjadi menteri
kewangan. Anda tidak akan ada masa apabila anda mempunyai masalah forex,
berurusan dengan Suruhanjaya Sekuriti. "
Pakatan belum memutuskan siapa yang akan menjadi menteri kewangan serta jawatan Kabinet yang lain, katanya.
Persaingan
dalam PRU13 kali ini 'sangat sengit', kata Ibrahim Suffian, seorang
penganalisis politik di Merdeka Center for Opinion Research.
"Ini adalah masa yang terkuat untuk pembangkang dalam sejarah," katanya melalui telefon./MalaysiaKini
Umno/BN Gila Seks!! (video)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...