KUALA LUMPUR - Setelah bertegas dan menafikan pembabitannya dalam
insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim hari ini menegaskan, beliau tidak pernah bertemu dengan
Sultan Sulu, Sultan Roodinood Julaspi Kiram.
"Jika pernah bertemu pun apa masalahnya?" ujar Anwar pada sidang media
selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13) di sini, hari ini.
Mengulas mengenai perkembangan semasa di Lahad Datu, Anwar menyifatkan
tindakan kerajaan segera menggunakan seluruh kekuatan yang ada dengan
menurunkan pasukan tentera dan polis selaras dengan desakan perikatan
pembangkang itu semalam.
"Kami tidak menentang Sulu tetapi kami menentang sekumpulan penceroboh yang bersenjata," tegas Anwar lagi.
Menurut Ketua Umum PKR itu, pihaknya tetap mahukan rundingan meja bulat
antara Pakatan Rakyat (PR), Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan dan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) diadakan bagi membincangkan insiden yang
sudah meragut lapan nyawa satria negara.
"Setakat ini mereka belum ada jawapan, biasalah," kata Anwar.
Anwar juga memberitahu, beliau telah ditawarkan satu wawancara khas
bersama Filipina 'Inquirer News' setelah pemimpin pembangkang itu
membuat penafian berhubung pembabitan dan pertemuannya dengan Sultan
Sulu.
"Tawaran menemu duga saya itu berlaku pagi tadi.
"Dia prihatin kerana saya nafi saya jumpa Sultan Sulu kerana gambar
mereka keluar itu sama ada saya jumpa Misuari kerana dia ingat gambar
itu adalah Sultan Sulu," ujar Anwar lagi.
Tambahnya, media yang bebas dan mahu mengimbangi pemberitaan mereka
malangnya tidak berlaku di Malaysia sepertimana di TV3 dan Utusan
Malaysia.
TV3 dan Utusan berhadapan saman masing-masing RM100 juta jika gagal
mengemukakan permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan Anwar
dalang insiden di Lahad Datu./SinarHarianOnline
Kerajaan Najib/umno Mengupah APCO Worldwide untuk Memburukan DSAI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...