PENGKALAN CHEPA: Selain dipaksa mendengar ceramah
pemimpin Umno, ada juga penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diarah
hadir ke beberapa tempat bagi menerima surat tawaran BR1M.
Di bahagian Pengkalan Chepa baru-baru ini penerima BR1M diarah datang
ke Sekolah Kebangsaan Pulau Gajah bagi Dun Chempaka dan sekolah di
Chicha Mengambang (Dun Panchor) untuk mendapatkan surat tawaran.
Sebaliknya pada program itu penerima dipaksa mendengar ceramah
politik Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Menurut penduduk yang hadir hanya kira-kira 10 penerima sahaja yang
diberi surat tawaran di sekolah tersebut dan selebihnya diminta datang
ke rumah ketua bahagian pada sebelah malam.
Ketua Penerangan PAS Pengkalan Chepa, Mohd Azmi Nor berkata, cuba
bayangkan orang ramai yang datang memenuhi dewan sekolah hanya diberi 10
orang sahaja surat tawaran kemudian diarah datang pula ke rumah ketua
Umno.
“Kerana hendak dapatkan surat tawaran orang ramai datang pula pada
sebelah malam ke rumah Ketua Bahagian, Dato’ Dali Hussin di Taman
Chempaka Putih.
“Penerima yang datang memberitahu hanya ada meja yang disediakan
tanpa ada lampu untuk memudahkan urusan. Sekali lagi penerima BR1M
diarah mengikuti ceramah politik Umno,” katanya.
Menurutnya selepas lama menunggu penerima BR1M diarah pula pergi
berjumpa dengan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
Persekutuan untuk menuntut surat tawaran.
Sedangkan kata beliau sebelum ini pemimpin Umno berkali-kali
menafikan BR1M digunakan bagi tujuan politik, namun apa yang berlaku di
bawah secara jelas rakyat dijadikan mangsa politik.
Sementara itu Azmi yang juga Timbalan Pengaran Urusetia Penerangan
Kerajaan Negeri menafikan laporan sebuah akhbar semalam yang menyebut
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penerima BR1M sebagai
binatang.
“Apa yang disebut Menteri Besar di Dataran Stadium kelmarin hanya
peumpamaan apabila Umno menggunakan apa sahaja bagi menarik sokongan
rakyat.
“Ia seumpama menabur hampas kelapa bagi menarik minat ayam datang.
Mereka menabur umpan di mana-mana sahaja dengan harapan dapat menarik
orang ramai,” katanya./HarakahDaily
VIDEO PANAS!!!!! DSAI
Mereka berbuat begitu kpd org Felda dan org kampung di pedalaman yg terpingir dari mendapat maklumat keburukan pemimpin BN.Wang brim disalurkan kpd pemimpin UMNO utk diagihkan.Sebelum beri wang, kena dengar ceramah dulu,bahwa nasib org Melayu dihujung tanduk jika BN kalah.Ada yg berceramah sambil kesat air mata.Brim RM1000 akan diberikan jika BN menang.Ada juga yg terpengaruh dan nak undi BN. Umpan dah kena.
BalasPadam