Buku Amanat Haji Hadi
Buku "Amanat Haji Hadi" mula dijual di pasaran dengan harga RM4 sebuah.
 
KOTA BHARU – Di sebalik polemik berkenaan amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang tahun 1981 yang kembali hangat, Lajnah Penerangan Pemuda Pas Negeri Kelantan  menerbitkan sebuah buku bertajuk “Amanat Haji Hadi VS Amanat Haji Mahathir & Haji Najib”.

Buku 48 halaman itu mengandungi pelbagai input menarik yang menjawab persoalan isu-isu yang berkaitan dengan amanat yang diperkatakan.

Buku tersebut baru diterbitkan dan disusun khas untuk menjernihkan kekeliruan yang ditimbulkan oleh mana-mana pihak yang berkaitan dengan parti lawan.

Selain fakta-fakta penting tentang amanat tersebut, buku ini juga disertakan dengan keratan-keratan akhbar yang membabitkan isu-isu yang dibincangkan.

Antara panel terlibat, Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz; Pengerusi Ulama Pelapis Pas Pusat, Khair Mutanazzar Ismail; Pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan Pas, Dr Dzulkefly Ahmad dan Moderator Debat, Dr Mazlee Malik.

Selain daripada panel-panel tersebut, artikel-artikel dari keratan akhbar yang ditulis oleh Sapinah Abdul Ghani dari Sinar Harian dan Penulis Veteran, Subky Latiff juga turut dimuatkan.

Pelbagai tajuk-tajuk menarik dibincangkan seperti “Amanat Haji Abdul Hadi: Masih Relevan?”, “Ulama Muda Umno, Kenapa baru sekarang”, “Satu kerenah SB (cawangan khas)”, “Dewan Ulama: keluarkan semula amanat Hadi”, “Amanat tiada unsur mengkafir”, dan “JAKIM jangan melatah”.

Buku berkulit depan berwarna hijau dengan gambar wajah Hadi, kini Presiden Pas; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu dijual dengan harga RM4.

Ia mula dilihat berada di pasaran sekitar Dataran Ilmu yang juga tapak ceramah Mursyidul Am Pas, Datuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam./SinarHarianOnline

"Kaedah GANJIL menjana pendapatan..!!! Rahsia kini terbongkar"