IKTIBAR
Tindakan Pengarah Pilihan Raya DAP, Pooi Weng Keong
meletak jawatan ekoran kesilapan teknikal dalam pengiraan undi
pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Kebangsaan
bulan lalu perlu dihormati dan diambil iktibar.
Apa yang dilakukan Weng Keong memberi markah besar kepada DAP. Bahawa
anggota parti itu bertanggungjawab dan sedia mengambil risiko atas apa
yang berlaku, hatta kesalahan teknik.
Apa dilakukan oleh Weng
Keong itu tidak wajar diketawakan atau disinis tetapi patut ditiru
oleh semua ahli politik tanpa mengira parti. Walaupun pengakuan itu
menjejaskan maruah dirinya, dan boleh menjejaskan partinya, tetapi ia
adalah tindakan terbaik demi menjaga maruah dan integriti partinya.
Ekoran salah teknik, salah kira itu menyebabkan seorang calon Melayu
yang mendapat undi untuk menduduki salah satu 20 kerusi CEC terkeluar.
Ketiadaan wakil Melayu menjadi isu dan kritikan oleh pihak musuh DAP
terutamnaya MCA, Umno dan Gerakan. Macam-macam dituduhkan terhadap DAP
di mana Umno menyifatkan DAP meminggirkan Melayu.
Kritikan-kritikan seperti itu tidak dapat dihindarkan di dalam dunia
politik. Politik itu sendiri tidak sekata dan tidak selari. Semua
dilakukan oleh pembangkang tidak betul bagi parti memerintah dan begitu
juga sebaliknya. Di sinilah jahat dan jijiknya manusia politik.
Apabila Weng Keong membuat pengakuan dan apolegetik, musuh-musuh DAP
membaham parti itu dari sudut lain pula. Direka isu pula isu kononnya ia
sengaja dibuat untuk membolehkan wakil Melayu menduduki dalam CEC.
Rendah sekali moral mereka yang beranggapan demikian dan tidak dapat
menilai diri mereka berbanding dengan DAP.
Tampaknya MCA yang berlebihan mengkritik DAP di dalam isu salah kira
ini tetapi tidak Umno. Kenapa? Umno mungkin sedar diri untuk tidak
ikut sama mengkritik DAP kerana apa yang berlaku dalam Umno lebih teruk
"silap tekniknya" berbanding dengan apa dialami DAP itu. Mungkin Umno
dapat menyedari yang dosa mereka dalam proses pemilihan lebih
"mukhalazah" dari Umno.
Tahun
1987 semasa berlaku pertandingan merebut jawatan presiden Umno di
antara Mahathir Mohamad dengan Tengku Razaleigh Hamzah telah berlaku
silap teknik, salah kira yang sebenarnya tipu kira. Pada mulanya
pertandingan itu sudah dimenangi oleh Tengku Razaleigh. Tetapi selepas
perkiraan undi dihentikan selama 25 minit, bila dikira semula Mahathir
pula yang diisytiharkan menang sebanyak 43 undi.
Tragedi ini
tercatat dalam sejarah dan minda orang Umno yang lama. Perkiraan itu
terus menjadi tanda tanya dan tidak dapat diterima oleh sebahagian besar
ahli Umno. Namun Umno sampai ke saat ini belum membuat penjelasan
terhadap silap teknik itu. Ertinya di sini Umno sedia membungkus
"kesalahan"nya sampai ke bila-bila tidak seperti mana DAP yang lebih
bertanggunagjawab telus dan berintegriti.
Hal-hal begini
walaupun kecil tetapi ia diperhatikan oleh orang ramai. Mungkin
disebabkan integriti atau disiplin DAP lebih mapan berbanding Umnolah
maka ada ahli-ahli Umno menyertai parti itu. Antara mereka ialah Aspan
Alias, Ariff dan lain-lain. Tunggu ulasan Mat... Mat mana lagi, Mat Maslanlah. [8:53 pm 04/01/13]-
http://msomelayu.blogspot.com
Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...