Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, Januari 19, 2013

PM tetap Melayu, DAP pun faham - PAS

Pas: PM tetap Melayu, DAP pun faham
Mohd Amar ketika pelepasan Konvoi R peringkat daerah Kota Bharu bermula dari Dataran Ilmu dan berakhir di Medan Ikan Bakar, Kedai Buloh.
 
KOTA BHARU- Sama ada Pakatan Rakyat (PR) memerintah negara nanti, mahupun kepimpinan sedia masih kekal, Pas Kelantan membayangkan dalam jangka 10 tahun ini perdana menteri masih kekal dalam kalangan orang Melayu.

Bagi Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun tersebut orang Melayu tidak akan menerima orang bukan Melayu untuk memegang jawatan utama  itu.

Mohd Amar berkata, hal ini kerana sensitiviti orang Melayu yang sekian lama dibina dengan semangat agama dan semangat bangsa sejak azalinya lagi.

“Sebab itu tidak akan diterima, sebab itu juga DAP tidak mahu menjadi perdana menteri. Ini kerana mereka memahami psikologi politik orang Melayu,” katanya kepada media semalam selepas menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu di sini.

Katanya, mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu orang bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri di negara ini kerana tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menyekat perkara itu daripada menjadi kenyataan.

Dalam isu sama, Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah menegaskan, pihaknya tidak mempertikaikan peruntukkan perlembagaan yang sedia ada dalam soal tersebut.

“Ini memang termaktub dalam perlembagaan, tidak sebut syarat siapa yang boleh menjadi perdana menteri. Cuma terkandung sesiapa ahli dewan yang mendapat kepercayaan majoriti daripada orang lain boleh dilantik untuk jawatan itu.

“Perlembagaan jelas tidak halang Cina, India mahupun Kadazan menjadi perdana menteri,” katanya.

Ditanya sama ada perlembagaan itu akan dikekalkan sekiranya PR menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mohd Amar menjelaskan, perkara itu masih belum dibincangkan dan soal itu tidak berbangkit.

Semalam, beliau turut menyempurnakan pelepasan Konvoi R peringkat Kota Bharu bermula dari Dataran Ilmu dan berakhir di Medan Ikan Bakar, Kedai Buloh./SinarHarianOnline

JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!

 Jana pendapatan dari rumah.. TERBUKTI !! TERKINI!!     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...