SHAH ALAM 20 JANUARI: Lebih 5,000 rakyat hadir ke program Jelajah
Merdeka Rakyat di tapak pasar malam Seksyen 17 Shah Alam malam tadi,
sekaligus membuktikan Selangor kekal kubu kuat Pakatan Rakyat.
Meskipun program bertembung dengan perlawanan bola sepak Liga Super
antara Selangor dengan Pahang, namun, kehadiran ramai itu menunjukkan
rakyat dahagakan maklumat sebenar dari pemimpin Pakatan.
Meskipun
hanya duduk di tepi jalan, tanpa khemah berbumbung yang selesa,
kehadiran rakyat berbilang kaum, pelbagai lapisan usia dan latar
belakang melambangkan semangat untuk melakukan perubahan politik yang
tinggi.
Puluhan warung niaga ‘pasang siap’ juga didirikan manakala meja makan
di Medan Selera Seksyen Seksyen 17 penuh ‘ditempah’ hadirin, yang
‘sambil-sambil’ makan, turut mendengar ceramah.
Antara
pimpinan Pakatan yang berucap ialah Speaker Dewan Undangan Negeri
Selangor, Datuk Teng Chang Khim, Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail dan
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Pegawai Pusat Khidmat Rakyat DUN Batu Tiga Shah Alam dilihat sibuk mengedar kalendar, risalah, pemegang kunci dan Selangor Kini.
Suasana menjadi gamat sebaik ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim,
namun Ketua Umum KEADILAN itu tidak terus ke pentas ceramah sebaliknya
meluangkan masa ‘mengeteh’ bersama petugas dan aktivis KEADILAN serta
penduduk setempat di warung berdekatan.
Kehadirannya menjadi tumpuan, malah orang ramai mengambil peluang
bersalaman dan merakam gambar sekali gus membuktikan pimpinan Pakatan,
mudah didekati./KeadilanDaily
Jana pendapatan dari rumah.. TERBUKTI !! TERKINI!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...