KUALA LUMPUR 29 Jan: Penganugerahan terus projek pembinaan Prai Power
Plant RM2.47 bilion kepada syarikat asing, Samsung Enggineering &
Conctruction, menimbulkan persoalan kerana syarikat tersebut didakwa
tidak termasuk dalam senarai pendek.
Mendedahkan perkara itu, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia
(SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard berkata, hasil
maklumat yang diterimanya, syarikat tersebut tidak melalui tender
terbuka seperti sembilan lagi syarikat tempatan yang turut menghantar
proposal sebelum disenarai pendek.
“Ini
jelas melanggar nilai merit yang diambil kira dalam penilaian tender.
Menjadi polisi kerajaan iaitu sebuah syarikat asing harus bergabung
dengan syarikat tempatan demi perkongsian pengalaman dan agar dana yang
besar tidak hanya teralir keluar tetapi turut dinikmati dan
memperkukuhkan korporat tempatan.
“Projek ini langsung tidak ada perkongsian dengan syarikat tempatan.
Ini bererti hampir 100 peratus wang negara teralir ke luar. Malah
selepas siap (projek), Samsung Engeenering dikatakan terus keluar dan
langsung tidak ada sumbangan untuk negara. Jika ada pun, amat minima,”
katanya pada kenyataan.
Menurut Ketua Cabang KEADILAN Rembau itu, berdasarkan maklumat
tersebut, didapati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertemu
Presiden Samsung bagi usaha melobi projek berkenaan.
“Dirakamkan juga pertemuan di Korea Selatan di antara Perdana Menteri
dengan Presiden Samsung untuk usaha melobi. Ia bukan sahaja berlaku di
kalangan mereka berkedudukan rasmi sahaja malah turut libatkan anak PM.
“Mungkin kerana usaha lobi sudah terlalu giat, walaupun Menara
Warisan 118 tingkat masih belum tentu hujung pangkal, namun Samsung
mendapat anugerah projek Prai Power Plant yang bernilai keuntungan jauh
lebih besar dari Menara Warisan,” ujarnya.
Samsung Enggineering & Conctruction bukan asing di Malaysia
kerana pernah terlibat membina menara KLCC, namun rekod menyatakan
pembinaan tersebut hampir 100 peratus menggunakan khidmat kontraktor
Korea Selatan dan luar negara yang dipilih syarikat itu sendiri.
Berdasarkan rekod, syarikat daripada Korea Selatan tersebut didakwa
turut terlibat projek kontroversi pembinaan menara warisan yang
mempunyai 118 tingkat./KeadilanDaily
Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...