Anwar: PM tersilap langkah untuk menangi hati masyarakat Islam
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah tersilap langkah di
peringkat antarabangsa dalam usaha untuk memenangi hati masyarakat Islam
dengan menbuat lawatan tergesa-gesa ke Gaza, kata ketua pembangkang
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar (kanan) menganggap perdana menteri tidak bijak dalam
lawatannya ke Gaza tanpa mengikut protokol yang biasanya diikuti oleh ketua-ketua negara lain.
"Tiada
masalah melawat kedua-dua Tebing Barat atau Gaza... tetapi saya fikir
beliau tidak bijak kerana beliau sepatutnya mengunjungi kedua-dua
bahagian tersebut,"katanya dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR
hari ini.
Anwar berkata, dalam usahanya untuk mengambil hati
masyarakat Melayu di sini, Najib gagal untuk mengiktiraf pentingnya
menunjukkan dasar luar negara yang adil dan seimbang di Palestin untuk
menggalakkan kedua-dua pihak utama di sana bekerjasama dan menjalin
perpaduan.
Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengkritik Najib,
dengan menuduhnya cuba untuk memecahkan politik Palestin berikutan
laporan mengenai lawatannya pada 22 Januari ini dalam media Malaysia.
Palestin secara berasingan ditadbir oleh parti Hamas dan Fatah, masing-masing di Gaza dan Tebing Barat.
Ismail
Haniyeh adalah perdana menteri kerajaan Hamas selepas pilihan raya
2006, tetapi masyarakat antarabangsa enggan mengiktiraf mereka.
Sebaliknya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf Fatah yang dipimpin oleh Mahmoud sebagai wakil sah Palestin./MalaysiaKini
"Kaedah GANJIL menjana pendapatan..!!! Rahsia kini terbongkar"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...