Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, beliau bersetuju dengan pandangan Majlis Syura Ulama Pas bahawa kalimah ALLAH adalah universal dan sesiapa pun boleh menyebutnya.
Beliau berkata, setiap agama mempercayai bahawa wujudnya satu tuhan iaitu ALLAH cuma setiap agama berbeza perspektif dalam mempercayainya.
“Saya yakin kebanyakan agama di dunia meyakini tuhan itu satu tetapi konsep ketuhanan itu sedikit berbeza.
“Saya juga bersetuju bahawa bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah ALLAH untuk maksud yang lain,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Koo Ham berkata demikian ketika mengulas Keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan bahawa perkataan ALLAH tidak boleh digunakan di dalam kitab mana-mana agama di negara ini.
Menurut Koo Ham lagi, asal perkataan ALLAH itu sebenarnya diterjemah daripada bahasa Arab bukan bahasa Inggeris seperti di dalam Bible sekarang ini./SinarHarianOnline
Jana pendapatan dari rumah.. TERBUKTI !! TERKINI!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...