KUALA LUMPUR 16 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes
saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno
itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN
dan kes selesai.
Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan
kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka
kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.
Semalam, Khairy menarik balik kenyataan tersebut dan mengambil pendirian beliau tidak pernah berkata demikian.
“Sekarang
Khairy mengatakan beliau tidak pernah mengucapkan kata-kata tersebut.
Ini bertentangan dengan pendiriannya sebelum ini. Pihaknya tarik balik
dan kita berpuas hati,” kata Anwar mengulas keputusan Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur.
“Khairy kata saya pengkhianat Melayu, dah tarik balik maksudnya saya
ni pahlawan Melayulah…,” seloroh Anwar yang berpuas hati dengan
keputusan tersebut.
Beliau ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Hadir sama mendengar keputusan yang dibacakan oleh Hakim Datuk Su
Geok Yiam adalah Khairy dan seorang lagi peguam Anwar, Gobind Singh Deo.
Ekoran tindakan Khairy itu, Anwar mengingatkan pemimpin Umno agar
berhenti menggunakan saluran media sesuka hati untuk memburukkan imej
beliau.
Peguam mewakili Anwar, Haijan Omar turut berpuas hati dengan penarikan tersebut.
“Dia (Khairy) menarik balik sebab bertentangan dengan pendirian
beliau sebelum ini. Kita berpuas hati dan setuju untuk selesaikan,” kata
Haijan kepada pemberita.
“Lagipun ia menjimatkan masa dan kos semua pihak,” tambahnya.
Anwar memfailkan saman tersebut pada 7 September 2007 dengan mendakwa
Khairy yang ketika itu Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Umno menfitnah
beliau semasa menghadiri satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak,
pada Ogos 2007.
Menurut beliau, kenyataan fitnah itu disiarkan oleh media cetak dan eletronik dalam negara pada 3 Ogos 2007.
Anwar juga mendakwa kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai
seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai oleh orang Melayu, yang
tidak mengutamakan perjuangan orang Melayu serta hak mereka, dan beliau
berkeupayaan untuk mengkhianati perjuangan dan hak orang Melayu demi
mendapatkan sokongan bukan Melayu dalam negara.
Beliau turut berkata, Khairy membuat kenyataan itu untuk menyindir
bahawa beliau (Anwar) merupakan seorang ejen politik Amerika Syarikat
dan pihak Yahudi, di samping bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya,
dan Khairy menurutnya berniat jahat ketika membuat kenyataan itu yang
merupakan satu pembohongan, tidak berasas dan tidak benar.
Selain ganti rugi am, teruk dan teladan serta relif lain yang
difikirkan wajar oleh mahkamah, Anwar turut memohon injunksi bagi
menghalang Khairy, atau ejennya, daripada mengulangi kenyataan itu./KeadilanDaily
"Kaedah GANJIL menjana pendapatan..!!! Rahsia kini terbongkar"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...