Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, Disember 08, 2012

Pakatan Rakyat mahu angkat martabat Melayu-Islam lebih dari Umno – Anwar Ibrahim

ALOR SETAR 8 DIS: Pakatan Rakyat tidak akan sesekali mengorbankan hak orang Melayu-Islam, bahkan martabat mereka akan diangkat lebih tinggi daripada sepanjang Umno memerintah, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tak mungkin KEADILAN dan PAS akan nafi majoriti hak orang Melayu apabila menguasai pemerintahan Kerajaan Persekutuan. Begitu juga DAP.
“Kita tidak akan korbankan martabat Islam dan Melayu. Kedudukan ini akan didaulatkan lebih tinggi dari Umno BN semasa mereka memerintah negara selama 56 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian depan lebih 20,000 hadirin yang membanjiri Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar 7 Disember lalu.
Anwar berkata tiada guna slogan Ketuanan Melayu diheboh sedangkan orang Melayu masih miskin dan tidak terbela sekalipun negara sudah mencapai kemerdekaan begitu lama.

Beliau yakin pemimpin memiliki berpengalaman dan kelayakan untuk menerajui Kabinet demi memberi pembelaan kepada orang Melayu.
“Pemimpin Pakatan tahan lasak. Ramai pemimpin pernah dipenjarakan. Kita ada pengalaman dipenjarakan, menerima makanan yang dibaling seperti anjing oleh penguasa.

“Budaya jelek ini mesti disingkir dalam kehidupan penguasa. Pakatan akan tunjuk cara tadbir yang baik pada mereka. Kita mesti menang untuk buktikan kesungguhan membela nasib rakyat,” katanya.
Anwar juga menempelak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tidak telus menangani tuntutan melibatkan pengendalian sistem pilihan raya yang adil.
Beliau kesal kerana SPR tidak bertanggungjawab apabila cuba bersekongkol dengan parti pemerintah untuk menipu pengundi.

“SPR perlu ingat.Mereka juga angkat sumpah memegang jawatan untuk laksanakan tugas dengan adil. Ingat, penyokong Pakatan akan tangkap mereka yang menipu, ” katanya./KeadilanDaily

JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...