ALOR SETAR - Pakatan Rakyat (PR) akan mengangkat profesionalisme Polis
Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan
Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Katanya, ia termasuklah menggunakan perkhidmatan polis dalam mendidik
pengguna jalan raya, bukannya menggunakan Sistem Penguatkuasaan
Automatik (AES).
“PR tidak pernah menentang sebarang kempen atau perkara berkaitan
keselamatan jalan raya, cuma menentang mengenai penggunaan AES.
“Kenapa kerajaan perlu menggunakan AES sedangkan kita punyai bilangan
polis yang ramai dan boleh lakukan kerja keselamatan jalan raya. Saya
yakin polis masih boleh dilatih untuk menjalankan tugas dengan baik,”
katanya semasa Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Abdul
Halim di sini.
Dalam ucapannya beliau turut mempersoalkan mengenai tangisan perwakilan
dan permohonan maaf, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika
Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.
“Untuk apa dia minta maaf, kenapa? Minta maaf buat juga. Minta maaf
tapi AES terus buat. Adakah tangisan perwakilan ini kerana takut
kehilangan kuasa,” katanya di hadapan penyokongnya.
Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, permohonan maaf yang dibuat oleh Najib harus diterima ramai.
“Kalau ada orang yang terlalu hampa memohon maaf, kita patut terima. Tapi kita nak tahu sebab apa dia mohon maaf.
“Adakah dia mohon maaf oleh kerana masalah rasuah yang berleluasa di tanah air kita. Adakah itu sebabnya.
“Tidak, dia tidak sebut pun apa sebabnya. Dia tidak akui bahawa rasuah itu masalah besar di negara kita,” katanya.
Kit Siang berkata, Umno dan BN juga tidak mungkin akan berubah seperti
yang dijanjikan mereka dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.
“Mereka masih dengan politik lama, kotor dan tidak bertanggungjawab,” katanya.
Program ini adalah kali ke-4 diadakan selepas Seremban, Kota Bharu dan
Batu Pahat, Johor bertujuan untuk memberi penjelasan dan keyakinan
kepada rakyat bahawa PR sudah bersedia untuk menawan Putrajaya dalam
PRU13 menggantikan pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Turut hadir pada program tersebut adalah Timbalan Presiden Pas, Mohamad
Sabu dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak./SinarHarianOnline
Formula dan Rahsia kini terbongkar Hanya RM55 pun boleh jadi JUTAWAN..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...