Pemuda PAS hari ini mengecam pihak yang menyebarkan SMS fitnah yang
mendakwa mereka akan mengadakan perhimpunan dan menyerah memorandum
bantahan berhubung kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar
mengenai kebebasan beragama.
Selepas
menerima panggilan dan pertanyaan daripada wartawan, Ketuanya Nasrudin
Hasan menegaskan kiriman SMS itu "sama sekali tidak benar dan fitnah"
yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungawab.
Mengulas
lanjut Nasrudin berkata: "Untuk pengetahuan semua, kenyataan di atas
yang disebarkan melalui pesanan ringkas adalah sama sekali tidak benar
dari Dewan Pemuda PAS Malaysia. Sesiapa jua individu yang terlibat dalam
menyebarkan fitnah ini adalah merupakan individu yang tidak
bertanggungjawab.
"Dewan Pemuda PAS Malaysia percaya ianya
merupakan satu usaha daripada pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk
di air yang keruh untuk menyerang YB Nurul Izzah bahkan cuba mengeruhkan
hubungan parti komponen dalam Pakatan Rakyat," katanya.
Dalam
kenyataannya, Nasrudin menyifatkan pihak membuat kenyataan dengan
menggunakan nama orang lain itu adalah satu penipuan dan menyebarkan
kenyataan tanpa bertanya kepada sumber itu pula adalah kesalahan.
"Kedua-duanya
termasuk di dalam perkara mungkar yang dimurkai Allah," katanya sambil
meminta agar individu yang terlibat dengan "kegiatan yang tidak bermoral
itu supaya menginsafi dan memuhasabahkan diri./MalaysiaKini
KUMPULAN BAKAL JUTAWAN ONLINE.. BERMINAT DAFTAR SEKARANG!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...