KUALA
LUMPUR 8 Nov: Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution
mempersoal kelemahan Kementerian Kesihatan yang lambat memuktamad
penyambungan perjanjian konsesi pembekalan ubat di hospital dan klinik
kerajaan terutama di luar bandar.
“Perjanjian
memuktamad sambungan konsesi mengambil masa dua hingga tiga bulan.
Sebagai contoh, di kawasan saya (Machang). Pesakit diberi slip untuk
ambil ubat di farmasi tetapi ubat habis.
“Pesakit
terpaksa datang semula satu atau dua minggu berikutnya. Kalau masih
hidup, Okaylah. Kalau dah ‘padam’, macam mana?” katanya pada perbahasan
peringkat jawatankuasa Kementerian Kesihatan di Dewan Rakyat, hari ini.
Memberi
contoh Parlimen Machang yang ada lebih 100,000 penduduk tetapi hanya
sebuah pusat kesihatan disediakan, Saifuddin berkata, kemampuan
perkhidmatan kesihatan awam kini tidak setara dengan penambahan
penduduk.
“Begitu
juga keadaan hospital yang kekurangan katil dan sesak. Ada pesakit
diminta pulang awal terutama yang berada pada tahap ‘dressing’ (cuci
luka). Mereka diminta berulang alik ke hospital setiap hari. Ini
rungutan rakyat yang kita dengar,” kata Setiausaha Agung KEADILAN itu.
Beliau berkata, kerajaan perlu menangani kekurangan
peralatan, keselesaan ruang kerja dan kebajikan doktor dan kakitangan
kesihatan perlu ditangani kerajaan termasuk isu kebajikan kakitangan
terutama masalah kuarters yang terhad di hospital.
“Hanya
900 kaki persegi. Ini tidak kondusif untuk profesion doktor. Kita tahu
ada yang bekerja sehingga 16 jam sehari. Hal ini membuatkan kualiti
khidmat oleh mereka dikompromi.
“Doktor
kerajaan mudah ‘terpanggil’ untuk pergi ke sektor swasta. Perkara ini
menjadi faktor (mereka berpindah kerja),” kata Saifuddin./KeadilanDaily
JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!
JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...