Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, November 12, 2012

LAGI BERITA PANAS!!!! DUA LAGI AHLI PARLIMEN KELUAR BN?

TAMBAH......Mampukah Anwar menambah koleksi 'barangan antik' nya pada 24 November 2012 setelah begitu lama berlaku tawar menawar

SEJAK kebelakangan ini, kedai mamak dan warung-warung kopi telah menjadi tumpuan ramai ahli-ahli politik untuk menjual air liur dan memancing pengaruh. Antara berita paling hangat yang dijaja ialah bakal kemunculan dua lagi Ahli Parlimen BN di Majlis Ceramah Perdana Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 November ini di Tawau, Sabah.

Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai dan kini dijaja dari bibir ke bibir, sms ke sms, facebook ke facebook, twittter ke twitter dan segala media elektronik dan ICT, telah hangat diperkatakan bahawa '2 MP' yang sebelum ini disebut-sebut Anwar akan muncul pada 24 November ini

Antara dua nama yang dijaja termasuklah Rakan Karib Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO; iaitu 'Brother Ghapur', nama jolokan kepada Ahli Parlimen Kalabakan ketika Anwar di kemuncak kegemilangan.

Seorang lagi Ahli Parlimen yang dijangka berani menunjuk muka ialah yang pernah digossipkan dengan artis.


Menurut sumber, kedua-dua Ahli Parlimen daripada UMNO itu masih samar-samar menyertai parti Pakatan Rakyat dan mungkin mengikut jejak Bumburing dan Lajim yang bersetinggan di luar BN; tetapi bibit perpecahan dengan pucuk pimpinan UMNO Sabah sudah ketara kerana sejak akhir-akhir ini tidak sehaluan.


Sejak kebelakangan ini, Sabahkini.net Wilayah Sandakan banyak menerima dan mengumpul maklumat mengenai tingkah laku beberapa orang Ahli-Ahli Parlimen dari UMNO yang akan keluar daripada kengkangan UMNO/BN secara bergilir-gilir pada masa terdekat ini.


Menurut satu sumber, semakin ramai Ahli-Ahli Parlimen di Sabah akan meninggalkan BN jika senarai calon telah diumumkan Perdana Menteri; kerana sudah pastinya 10 daripada 25 Ahli Parlimen akan digugurkan pada PRU-13.


Walaupun tidak banyak isu yang boleh menjadi senjata pembangkang pada PRU 13, namun 'pemuja politik' masih mengharapkan untuk mengitar semula isu 20 Perkara, Perjanjian Malaysia, Royalti Minyak, PTPTN; namun yang agak menyengat ialah tanah adat (NCR) dan PATI.


Seolah-olah tidak nampak isu pembangunan dicanangkan kerana tradisi 'Gambar Agong' akan menjadi katalis kepada pemangkin undi di Sabah. Kata-kata kapitalis bahawa "Wang Adalah Tuhan Manusia. Tiada kata-kata yang berjaya menakluki manusia selain wang!"; mungkin akan menyebabkan Pakatan Rakyat berputih mata sekali lagi untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 10 Kerusi Parlimen untuk memudahkan mereka mencapai Visi Tawan Putrajaya!


Salam Hormat,


SAIMON S JUMAD/Sumber FaceBook


  Ahli Umno-BN diseru keluar dari parti ‘Syaitan’

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...