KUALA LUMPUR 18 November: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar
Ibrahim mengajak kaum India yang rata-ratanya penganut Hindu menjadikan
sambutan Hari Deepavali sebagai panduan melawan kejahatan demi
mendapatkan keadilan.
Beliau menyifatkan menentang kejahatan sebagai langkah pertama untuk
mendapatkan keadilan sebelum mencapai kemenangan yang disimbolik melalui
perayaan pesta cahaya.
“Tentang
masalah bahasa mereka, kelayakan kewarganegaraan dinafikan, tahap
kemiskinan dan permasalahan sosial dan ekonomi yang harus ditangani
dengan baik.
“Sejarah sambutan ini punya kaitan kehebatan perlawanan antara yang
membawa semangat kebaikan dan perubahan menumpaskan kejahatan.
“Kita harap mesej ini boleh memberi jaminan keadilan kepada semua
khususnya kepada masyarakat India,” katanya pada perutusan Hari
Deepavali, hari ini.
“Hari Deepavali ini, saya menyerukan kita dapat raikan bersama
menghormati budaya yang disambut oleh rakan-rakan masyarakat India
terutama beragama Hindu,” katanya.
Ketua Pembangkang itu juga menyeru seluruh masyarakat untuk bersama-sama menghormati budaya semua kaum.
“Kita sambut dengan penuh cahaya dan tentunya dengan pakaian baru,
dan mudah-mudahan ada petanda yang baik dan selamat,” katanya./KeadilanDaily
Panas!! Hanya dengan modal sekali RM25 anda berpotensi mendapat RM10,000 dalam masa 5 minggu sahaja!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...