Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berterima kasih kepada pemimpin
DAP Anthony Loke kerana membelanya daripada tuduhan pemimpin MCA bahawa
beliau membenarkan merogol wanita bukan Islam.
Menteri besar
Kelantan itu juga menegaskan, tindakan Loke yang berkobar-kobar sehingga
menepuk meja dalam parlimen itu menggambarkan keberanian anggota
parlimen Rasah itu.
"DAP
berani bidas MCA, tetapi Umno takut. Tak boleh harap kepada Umno untuk
jaga Islam, jaga Melayu pun tak ke mana," kata Nik Aziz.
Perkara
itu dinyatakan dalam surat daripada setiausaha politiknya Wan Nik Wan
Yussof kepada Loke hari ini yang turut memberitahu Nik Aziz amat terharu
dengan tindakan Loke itu.
Loke pada 22 Oktober lalu bangkit
mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", dengan
menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang
disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling
biadap".
Tindakan itu menyebabkan speaker Dewan Rakyat Pandikar
Amin Mulia kemudian mematikan mikrofon Loke dan memintanya tidak membawa
hujah politik luaran ke dalam dewan.
Loke: Surat buktikan kemurahan hati
Sementara
itu, dalam reaksinya di Facebook, Loke berkata, beliau dengan rendah
diri menerima surat itu dan mendoakan kesihatan Nik Aziz untuk terus
memimpin PAS dan Pakatan Rakyat.
"Surat
dari Tok Guru ini sekali lagi membuktikan kemurahan hati dan
kesederhanaan beliau walaupun sudah bergelar YAB MB selama 22 tahun!
"Saya
berasa amat kerdil di depan seorang tokoh agama dan politik yang
mempunyai jiwa dan hati yang begitu besar seperti Tok Guru Niz Aziz!
Heng
pada 20 Oktober lalu menuduh Nik Aziz membenarkan merogol wanita bukan
Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.
Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Nik Aziz yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat./MalaysiaKini
Bisnes Online Terbaru!!! Panas!!!! Pedas!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...