KUALA LUMPUR:
Semua sedia maklum BN telah tewas di media sosial, walaupun terpaksa
menggunakan askar upahan untuk menyerang, namun ditangkis oleh tentera
siber Pakatan Rakyat yang bertugas secara sukarela.
“Akhirnya BN terpaksa menggunakan kuasa yang ada untuk membendung maklumat kelemahan BN daripada di ketahui oleh rakyat melalui media sosial,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad dalam satu kenyataan.
Justeru, katanya cadangan SPR supaya parti politik jangan menggunakan media sosial seperti facebook, twitter, blog selepas tengah malam hari mengundi adalah satu cadangan Pak Pandir.
Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Setiausaha (Pilihan Raya) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Noordin Che Ngah di Kuantan, semalam.
Bagi Idris, maksud tersirat tidak lain dan tidak bukan untuk menyekat pengaruh kempen Pakatan Rakyat sampai ke pengetahuan rakyat.
“Kenapa SPR tidak berani menghalang kempen BN melalui televisyen sehingga tamat hari mengundi?” tanya beliau.
Bahkan, ujarnya sewaktu pembuangan undi berjalan radio dan televisyen terus rancak memburuk-burukkan parti lawan.
Tambah beliau, tiga himpunan Bersih yang diadakan di ibu negara, antara tuntutannya ialah supaya parti yang bertanding dapat akses media dengan adil tetpi sampai hari ini tuntutan itu ibarat meminta sisik daripada ikan keli.
Tiba-tiba, ujar beliau SPR pula mencadangkan supaya media sosial tidak lagi boleh digunakan selepas waktu kempen tamat.
SPR akan meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi memastikan tiada pihak yang ingkar dengan undang-undang itu.
“Kita mengharapkan jangan pula ada gangguan talian untuk akses media sosial sewaktu kempen pilihan raya berjalan.
“Kenapa BN terlalu takut dengan media sosial? Bukankah BN sudah memiliki dan menguasa televisyen dan radio untuk membantu kempen mereka?” katanya.
Menurutnya, BN sekarang terlalu takut dengan bayang-bayang, sehingga tunggul kayu disangka hantu./HarakahDaily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...