KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemain dan penonton menjaga solat dan berdisiplin sempena perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 20 Oktober ini.
Menteri Besar berkata, waktu Maghrib begitu singkat, hendaklah dilaksanakan dahulu solat sebelum menonton perlawanan bola.
“Mengerjakan ibadat solat suatu kewajipan walau di padang sekali pun. Kita kena menjaga disiplin kita dengan Allah Taala bersesuaian dengan sifat kita sebagai seorang hamba-Nya.
“Selain itu bagi pemain hendaklah jaga disiplin ketika beraksi di padang,” ujarnya di sini.
Kelantan akan bertemu ATM pada perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan diadakan di Stadium Shah Alam. Kelantan pernah muncul juara pada 2010.
Kerajaan negeri juga mengumumkan cuti peristiwa pada Ahad ini.
Menteri Besar berkata, melatih pemain bola sepak supaya mengingati tanggungjawab masing-masing sebagai hamba Allah Taala adalah suatu kewajiban.
“Kita akan mendapat kebaikan yang lebih sekiranya memenuhi tuntutan itu,” tambahnya.
Beliau juga turut mencadangkan supaya perkataan “bermain bola” ditukar kepada istilah lain memandangkan bola sepak sekarang suatu kerjaya sehingga boleh menghasilkan rezeki.
“Perkataan main sebenarnya tak comel, nampak hanya main, sedangkan bola kini sudah menjadi mata pencarian. Patut kita tukar mentaliti bermain kepada satu kerja halal,” ujarnya./HarakahDaily
BAGAIMANA JANA WANG DI BLOG USAHAWAN INTERNET..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...