Kewangan S’ngor membanggakan, pelaburan naik RM1.55 bilion
KUALA LUMPUR 18 Oktober: Prestasi kewangan Selangor membanggakan
apabila hasil wang pelaburan yang diperoleh pada 2011 meningkat sebanyak
RM1.55 bilion berbanding tahun sebelumnya.
Pencapaian ini sekaligus mengekalkan peningkatan wang pelaburan negeri itu bagi tahun kelima berturut-turut.
Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berpuas hati dengan
prestasi itu yang diyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN)
2011.
“Kenaikan pelaburan pada tahun lalu sebanyak RM1.55 bilion berbanding tahun sebelumnya, RM928,61 juta.
“Ini
merupakan peningkatan berterusan untuk tahun kelima berturut-turut,”
katanya pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco di Shah Alam
semalam.
Mengikut LKAN, Khalid berkata, Selangor turut mencatatkan kejayaan dalam beberapa aspek.
“Ia meliputi peningkatan hasil sebanyak RM62.5 juta dari RM1.571 bilion pada 2010 kepada RM1.634 bilion pada 2011.
“Kumpulan wang disatukan naik kepada RM1.944 bilion dari RM1.58 bilion pada 2010,” kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu.
Selanjutnya, beliau berkata, kerajaan negeri turut menerima pujian dari segi peningkatan hasil wang simpanan.
“Kedudukan kewangan yang baik dengan peningkatan dari segi wang simpanan, hasil pelaburan dan pengurusan kewangan.
“Sembilan daripada 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lima badan
berkanun mencatat untung. Pembayaran hutang awam sangat baik. Projek
pembangunan juga sangat baik dari segi perbelanjaan dan bilangan projek
lulus,” jelasnya./KeadilanDaily
JIHAD EKONOMI BERMINAT SILA DAFTAR SEKARANG!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...