Anwar bidas PM tiada di dewan ketika bajet dibahas
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas perdana menteri yang
tiada di Dewan Rakyat sewaktu beliau membahaskan Bajet 2013 yang
dibentangkan Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu.
"Secara
tradisinya menteri kewangan akan hadir di dewan sewaktu perbahasan.
Hendak debat (dia) tak berani. Hendak bahas di Parlimen dia tak datang,"
kata Anwar sewaktu memulakan perbahasannya sekitar jam 11.40 pagi tadi.
Menurut Anwar, Najib sebaliknya hanya membiarkan penyokong-penyokong kerajaan mempertahankan bajet itu.
Namun
tambahnya, mereka bukan anggota jemaah menteri, tidak tahu perangkaan
yang dipetik mereka sendiri dan hanya bergantung kepada statistik yang
diberikan Jabatan Statistik Negara.
Beliau berkata demikian
sewaktu membidas MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mencelah
dan mendakwa kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang jauh lebih
banyak daripada cukai dikutip dari negeri-negeri Pakatan.
"Permatang Pauh (Anwar) boleh persoal angka-angka ini tetapi ia datang daripada Jabatan Statistik," katanya.
Anwar kemudian menjawab yang statistik sentiasa boleh dimanipulasi dan dibohongi.
"Tidak
benar pendapatan Selangor kurang daripada belanjawan. Ia tidak logik
dari segi ekonomi, dari mana wang itu diperolehi?" kata Anwar./MalaysiaKini
BERIKLAN SAMBIL BERNIAGA.... CEPAT TERKINI!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...