Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, Oktober 15, 2012

Berita Baik!!! Rakyat Sudah Menyampah Dengar TV3... Rating Jatuh Kah kah kah kah....

TV3 akan menghadapi nasib yang sama seperti Utusan?

TV3 sedang merudum ‘rating’nya. TV3 yang termasyur sebagai lidah UMNO dan BN kini sudah mula tidak mendapat sambutan ramai. Sebelum 2010, TV3 telah mendapat ‘rating’ yang tertinggi sehingga mendapat 3.5 juta penonton sehari dan kini jumlah tontonan dari rakyat telah jatuh sehingga 1.2 juta sehari. Kejatuhan bilangan penonton lebih dari 60 peratus ini tentu bersebab dan sebabnya boleh diagak oleh kita semua. Kejatuhan ini akan akhirnya membawa padah kepada pendapatan syarikat dan menjejaskan prestasi kewangan syarikat televisyen itu. 
 
Selalunya kejatuhan penonton sesebuah syarikat penyiaran seperti TV3 itu adalah kerana kejatuhan keyakinan penonton terhadap kredibiliti saluran itu. Dalam sejarah banyak syarikat penyiaran dan saluran TVnya telah jatuh kerana tidak mendapat sokongan ramai. Keadaan ini tidak mengecualikan TV3 yang kini sudah menampakkan keadaan seperti itu akan berlaku ke atas syarikat televisyen itu.
Kejatuhan penonton yang dialaminya sekarang sudah mula menampakkan apa yang dialami oleh banyak syarikat TV yang terpaksa ditutup di negara-negara yang lain itu akan berlaku keatas TV3 jika saluran televisyen itu tidak menjaga kredibilitinya di mata penonton yang sedia ada sekarang.
 
Ramai di antara pengiklan-pengiklan barangan dan perkhidmatan telah mula memikirkan untuk mengiklankan barangan dan perkhidmatan mereka di saluran-saluran yang lain kerana TV3 tidak  menjadi saluran sukaramai rakyat lagi. Kejatuhan jumlah penonton untuk saluran ini masih menurun dan di jangkakan yang ia akan melewati bawah dari 1 juta penonton setiap hari.
 
Keadaan ini berlaku bukan kerana apa….tetapi kerana TV3 sudah menjadi alat pembohongan BN dan UMNO dan rakyat yang berfikiran ‘professional’ tidak menganggap saluran TV3 ini sebagai saluran untuk rakyat. Sikap ‘tidak professional’ TV3 ini menjadi persoalan ramai kerana orang ramai tidak gemar dengan sikap condong yang keterlaluan terhadap sesuatu pihak dalam politik ini adalah tindakan yang dianggap tidak jujur.
 
TV3 tidak yakin terhadap professionisma kewartawanan dan berita. Ia sudah menjadi seperti pentarama jabatan penerangan dan propaganda kerajaan di zaman peperangan melawan komunis dahulu. Rakyat sudah jemu dengan tingkah laku TV3 ini kerana menjadi penghasut bagi membenci setengah pihak dalam masyarakat secara keterlaluan dan ia amat menjijikkan ramai rakyat yang mahukan berita-berita yang seimbang dan professional dalam penyibaran maklumat kepada rakyat.
 
Saya sudah tidak membuka saluran ini sejak tujuh atau lapan tahun dahulu. Saya sendiri sudah tidak melanggan dan membaca Utusan Malaysia sejak sepuluh tahun dahulu kerana sebab yang sama. Hanya beberapa orang yang rapat dengan saya memberikan apa-apa keratan tulisan Utusan itu jika ia bersangkut dengan isu-isu panas yang dicetak oleh akhbar lidah rasmi UMNO itu.
 
Sebenarnya rakyat memahami yang mana-mana saluran TV dan akhbar itu mempunyai ‘inclination’ masing-masing  terhadap sesuatu pihak. Tetapi apa yang dilakukan oleh TV3 dan Utusan itu adalah keterlaluan sehinggakan membelakangkan professionalisma kewartawanan. Tidak bergunalah belajar bidang kewartawanan sehingga ke peringkat yang tinggi tetapi mentaliti dan  sikap tidak professional itu ditunjukkan dengan terlalu jelas kepada rakyat yang sudah pandai berfikir ini. 
 
Kerana tindakan TV3 ini maka mereka yang tidak menyebelahi mana-mana pihak terpanggil untuk memberikan sokongan kepada pihak yang dianiayai oleh saluran TV itu. Sesungguhnya apa yang disiarkan oleh TV3 ini merupakan satu yang ‘counter productive’ terhadap kerajaan itu sendiri dan pemantau-pemantau berkaitan dengan berita dari JPM itu tidak dapat merasakan rasa menyampah dan bosan penonton yang ramai-ramai balik ke rumah untuk bersantai dengan keluarga dipaparkan berita-berita yang berbentuk hasutan oleh media massa seperti saluran TV ini.
 
Bagi pembangkang yang menjadi korban fitnah ini, mereka sepatutnya berterima kasih kepada TV3 dan Utusan kerana kedua-dua saluran berita ini memberikan impak buruk terhadap BN dan tentulah PR yang mendapat keuntungan dari tindakan mereka itu. Sebahagian besar dari tanggungjawab pihak pembangkang untuk berkempen itu sudah pun di sempurnakan oleh Utusan dan TV3 ini. Seorang yang benci kepada saluran ini menambah seorang yang menyokong kepada pihak pembangkang. Matematiknya senang.
 
Sikap memecah belahkan rakyat oleh TV3 ini bertanggungjawab terhadap pembinaan kebencian rakyat kepada pihak yang berkuasa dan tidak adil jika dipersalahkan rakyat memberikan sokongan kepada pihak pembangkang kerana rakyat sentiasa berharap untuk hidup tenang di rumah setelah seharian bekerja kuat untuk keluarga masing-masing.
 
Apabila sampai di rumah rakyat mahu relaks dengan isteri dan anak-anak dan mereka tidak mahu berhadapan dengan hasutan pihak saluran TV3 sentiasa memaparkan keburukan pihak lain. Rakyat sudah merasakan yang ‘intensity’ pembohongan dan fitnah yang dilakukan oleh TV3 ini membuatkan ramai yang secara automatik membenci saluran itu dan seterusnya kepada pihak yang disokong oleh saluran itu. 
 
Saya telah berjumpa dan bercakap dengan beberapa ketua syarikat yang saya kenali dan mereka memberitahu saya yang mereka sedang menimbang untuk memberhentikan pengiklanan barangan mereka melalui saluran ini jika saluran penyiaran ini meneruskan sikap buruk mereka itu. Jika hilang sokongan dari pihak industri ini TV3 akan hilang pendapatan syarikat yang berkurangan dan segala ‘glamour’ yang di alami oleh saluran TV3 yang terkenal itu. 
 
Jika itu berlaku ia merupakan pengalaman yang sedang di alami oleh Utusan Malaysia yang tidak lagi mendapat sokongan dari pengiklanan yang besar-besar dan itu pun sebabnya Kumpulan Utusan Melayu itu telah kerugian sejak beberapa tahun yang lalu. Jangan terkejut jika TV3 akan menghadapi tindakan rakyat untuk memboikot saluran ini secara menyeluruh. Di zaman dunia tidak bersempadan ini rakyat boleh memilih saluran TV lain yang tidak membina kebencian di antara rakyat di negara ini.
 
Kita cuba untuk tidak menonton TV3  buat dua tiga hari ini... Saya yakin anda akan biasa dengan pemboikotan itu dan jiwa akan lebih tenteram dan aman tanpanya. Menjaga ketenteraman hati dan jiwa kita itu adalah satu ibadah kerana kita wajib menjauhi musuh-musuh secara baik, tanpa melakukan perkara-perkara yang ganas yang juga ditegah oleh agama dan juga adat kita.
 
Sumber SINI

4 ulasan:

  1. Aku pun bukan sekadar menyampah tapi nak termuntah dgn TV3...aku tengok juga Buletin Utama tapi sekadar menambah lagi kebencian aku kpd BN...nasib baik TV aku masih ok, kalu tak aku terajang TV aku sekali masa Buletin TV3....

    Boikot TV3

    Dzul

    BalasPadam
  2. Terlalu banyak sangat berita yang dispinnya. ramai samgat penonton menyumpah keatas penyiran berita yang disampaikan, patutlah dia menerima padah dan mungkin juga tidak mustahi UMNO akan gunakan duit rakyat untuk menyuntik dana bagi mengelakkan dari muflis seperti mana yang terjadi pada MAS.

    BalasPadam
  3. Boleh bernanah telinga kalau dengar berita TV3... lebih-lebih lagi jika dilapor izwan azil saleh.

    BalasPadam
  4. Izwan tu aku panggil dia 'mat emosional'...tgk muka dia bila baca berita...klu berita sedih..alaaaaa...klu berita gumbira...alaaaaa....klu berita terperanjat...alaaaaa......klu berita bodek....lagi laaaaa emosi...tension gua!!

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...