Rafizi: Terus terang atau hadapi pendedahan
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini memberi kata dua kepada
Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan supaya berterus terang dalam
isu konsesi pembalakan negeri atau berhadapan dengan pendedahan lanjut.
"Rakyat berhak tahu siapa yang memiliki konsesi pembalakan, berapa
banyak pendapatan kerajaan perolehi dan status pemilikan tanah," katanya
dalam kenyataan hari ini.
Rafizi berkata demikian berikutan respons yang didakwa tidak memuaskan oleh Mohamad dalam akhbar Sinar Harian Khamis lalu.
Rafizi mendakwa, kerajaan negeri menyalahi undang-undang dengan
membenarkan sebuah syarikat berkaitan Umno memasuki hutan simpan Jeram
Padang Selatan.
Katanya, walaupun Mohamad mengatakan bahawa
kerajaan negeri telah menggantikan lebih 2,400 hektar tanah untuk
dijadikan hutan simpan, ahli dewan undangan negeri Rantau itu sebenarnya
tidak mengambil kira aspek keabsahan undang-undang.
"Mohamad
telah gagal untuk jelaskan tentang keputusan exco membatalkan status
hutan simpan Jeram Padang Selatan yang tidak sah di sisi undang-undang
kerana melanggar Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976," katanya.
Mohamad
sebelum ini dilaporkan berkata, tanah hutan simpan di Negeri Sembilan
tidak pernah diserahkan hak milik kepada individu atau syarikat lain.
"Kalau
ada pun, kita hanya pajakkan tanah tersebut untuk melaksanakan tanaman
kelapa sawit, jika mereka (syarikat luar) tidak mahu, tanah itu kita
akan dapat kembali.
"Kita tidak rugi apa pun, malah tiada risiko
dengan perancangan tersebut kerana kerajaan negeri tidak memindahkan
hak milik, hanya pajakan sahaja mengikut peraturan yang ditetapkan,"
beliau dipetik sebagai berkata.
Menurutnya, kerajaan negeri juga telah menggantikan lebih RM2,400 hektar tanah untuk dijadikan hutan simpan, lapor Sinar Harian.
Setiap tahun kerajaan negeri mempunyai kuota untuk mengeluarkan hasil
kayu dan sehingga kini baru 3,200 hektar daripada 4,800 yang digunakan.
"Tidak timbul soal hutan diteroka secara haram kerana setiap aktiviti
yang dilakukan adalah mengikut undang-undang," katanya lagi seperti
dilaporkan harian itu./MalaysiaKini
BERIKLAN SAMBIL BERNIAGA.... CEPAT TERKINI!!
mana ada berterus terang dalam hal ini kalau salah,salah le.Bawa saje kemakamah dan perlu dijatuhkan hukum.itu saja.rakyat perlu tahu.
BalasPadam